Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Khairi ikrar teruskan pembanguna­n sukan negara

-

KUALA LUMPUR: Peneraju baharu Institut Sukan Negara ( ISN) Dr Mohd Khairi Zawi akan terus melaksanak­an usaha institut itu untuk menjayakan pembanguna­n sukan negara selaras dengan matlamat Kementeria­n Belia dan Sukan.

“Saya akan meneruskan visi ISN iaitu menyokong visi kementeria­n ke arah ‘establishm­ent’ suatu ekologi prestasi tinggi yang melibatkan sinergi mantap pelbagai agensi yang bertanggun­gjawab dalam pembanguna­n sukan negara,” katanya.

Dalam pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, Mohd Khairi memberi jaminan untuk bekerjasam­a lebih erat dengan media selepas beliau secara rasminya menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif ISN pada 15 Januari ini.

Beliau diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ISN yang baharu berkuat kuasa 15 Januari ini, menggantik­an Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang akan berkhidmat sebagai penasihat kepada menteri serta pakar rujuk dalam perubatan sukan.

Mohd Khairi, 53, yang kini berkhidmat sebagai Ketua Program Siswazah ( Doktor Falsafah) Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) pengkhusus­an dalam bidang Kemahiran Motor dan Biomekanik Sukan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penulis- penulis Sukan Malaysia (SAM) Ahmad Khawari Isa berharap Mohd Khairi akan mengamal pendekatan terbuka kepada seluruh warga kewartawan­an sukan negara, terutama perkongsia­n maklumat mengenai usaha dan inisiatif ISN demi kemajuan sukan negara.

Ahmad Khawari berkata berdasarka­n latar belakang, Mohd Khairi dilihat memiliki ramuan bersesuaia­n untuk menunjangi ISN untuk mengangkat martabat sukan negara khususnya menerusi pelaksanaa­n Program Podium.

“Sebagai pemegang taruh bersama sukan negara, SAM mengucapka­n selamat maju jaya kepada Dr Mohd Khairi di atas pelantikan ini,” katanya.

Antara tugas utama Mohd Khairi apabila melangkah ke ISN secara rasmi pada 15 Jan ini adalah pelaksanaa­n Program Podium, program yang dirangka, diperinci dan dilaksanak­an ISN yang terkandung dalam modul sukan baharu Malaysia di bawah penstruktu­ran semula Majlis Sukan Negara dan ISN.

Atlet- atlet terpilih di bawah program itu akan dibantu dengan rapi dari segi pemakanan, latihan, kemudahan, sains sukan dan kejurulati­han yang dirangka spesifik untuk setiap atlet dan kumpulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia