Utusan Borneo (Sarawak)

SUKMA: SLTA sasar dua emas

-

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) mensasarka­n memenangi dua pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-18 yang bakal berlangsun­g pada 22 hingga 31 Julai depan di Sarawak selaku tuan rumah.

Presidenny­a, Datuk Patrick Liew berkata pasukannya mahukan pencapaian lebih baik pada SUKMA XIX di Perak pada 2018.

“Kita kehilangan dua pemain senior, Mohd Assri Merzuki dan Aries Elyaas Deen Hesham kerana melebihi had umur.

“Sekarang kita dalam proses membangunk­an pemain- pemain muda dan mereka bersedia mengha- dapi cabaran nanti,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Tenis SUKMA Ke- 18 di Pusat Tenis SLTA, di sini kelmarin.

Dalam persiapan itu, Patrick memberitah­u SLTA memutuskan menghantar pemain Alvin Teng dan Rohaizat Achop Borhan menjalani sesi latihan di Romania selama enam bulan.

Pada awalnya terdapat tujuh pemain lelaki dan tujuh pemain wanita diberi tumpuan untuk skuad tenis SUKMA Sarawak, tetapi disenarai pendek kepada lima pemain lelaki dan lima pemain wanita.

Antara pemain tersebut ialah Lo Zhi Han, Mohd Aiman Azman, Aslina Chua, Linda Liong, Belinda Chai dan Alia Azman.

“Semua pemain ini kini ditempatka­n satu pusat latihan dan senarai akhir skuad tenis ditetapkan pada 31 Mac nanti,” katanya.

Pada masa sama, beliau memberitah­u SLTA terus memantau perkembang­an setiap pemain yang disenarai pendek itu.

Acara tenis SUKMA Ke18 akan berlangsun­g pada 22 hingga 30 Julai nanti menawarkan tujuh pingat emas.

Pada SUKMA lalu di Perlis, Sarawak dinobatkan juara keseluruha­n selepas memenangi empat emas, dua perak dan tiga gangsa.

 ??  ?? YAKIN BOLEH: SUKMA 2016.
Patrick (tengah) bersama ahli-ahli jawatankua­sa sukan tenis untuk menghadapi
YAKIN BOLEH: SUKMA 2016. Patrick (tengah) bersama ahli-ahli jawatankua­sa sukan tenis untuk menghadapi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia