Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Bintulu sentap Sibu 2-0, terus menerajui kedudukan Kumpulan B Liga Bola Sepak Rakyat

-

BINTULU: Skuad Bintulu terus menerajui kedudukan Kumpulan B dengan mengumpul 18 mata selepas menundukka­n Sibu 2- 0 pada perlawanan 9 Januari lalu kempen Liga Bola Sepak Rakyat (LBSR) 2015- 2016 Zon Borneo 2.

Bintulu kini unggul mengharung­i lapan perlawanan sebagai pasukan yang tidak terkalah dengan mencatatka­n lima kemenangan dan tiga kali seri.

Miri berada kedudukan kedua mengumpul 13 mata dalam tujuh perlawanan, mencatat empat kemenangan, seri sekali dan kalah dua kali.

Diikuti Limbang mengumpul 10 mata dalam tujuh perlawanan mencatat dua kemenangan, empat seri dan satu kalah.

Manakala Mukah mengumpul lapan mata dalam tujuh perlawanan dengan mencatat dua kemenangan, dua seri dan tiga kalah.

Sibu berada kedudukan terakhir Kumpulan B tanpa mengutip sebarang mata setelah tewas tujuh kali dalam tujuh perlawanan yang diharungi.

Perlawanan pada 9 Januari untuk Kumpulan A turut menyaksika­n Kuching menewaskan Samarahan 1- 0, Sri Aman terikat 11 dengan Sarikei, Betong membenam Kapit 3- 2 dan Mukah seri 2- 2 ke atas Limbang.

Meskipun kalah tipis terhadap Kuching kali per- tamanya gawang dibolosi, namun Samarahan masih mengunggul­i Kumpulan A dengan mengumpul 24 mata dalam sembilan perlawanan dengan mencatat lapan kemenangan dan kalah sekali.

Kuching berada kedudukan kedua kini mengumpul 21 mata dalam lapan perlawanan hasil tujuh keme- nangan dan kalah sekali.

Diikuti Sri Aman tempat ketiga mengumpul 12 mata dalam 10 perlawanan hasil tiga kemenangan, tiga seri dan empat kalah.

Manakala keempat Betong mengumpul enam mata hasil sembilan perlawanan satu kemenangan, tiga seri dan lima kalah.

Tempat kelima Sarikei juga mengumpul enam mata dalam lapan perlawanan dengan mencatat satu kemenangan, tiga kali seri dan empat kalah.

Berada kedudukan terakhir Kumpulan A ialah Kapit mengumpul empat mata dalam lapan perlawanan hasil satu kemenangan, satu seri dan enam kalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia