Utusan Borneo (Sarawak)

Pendaki solo guna pengalaman bakar semangat anak muda

-

PENDAKI solo Khairil Aslan Ab Rasid, yang berjaya menawan tiga puncak Himalaya tahun lepas, mahu menggunaka­n pengalaman dimiliki untuk mendorong lebih ramai anak muda mencipta kejayaan tersendiri.

Bapa kepada tiga anak itu berkata pemilihann­ya sebagai ikon Sekolah Menengah Kampung Perak, Batu Kurau di Taiping, merupakan satu penghargaa­n dan akan digunakan sebaik mungkin.

“Saya kagum kerana sekolah ini mewujudkan sebuah galeri menempatka­n gambar dan sejarah pendakian saya untuk menyuntik semangat kepada pelajar,” katanyakep­ada Bernama di Taiping baru-baru ini.

Khairil Aslan, 40, yang merupakan anak jati Batu Kurau mengulangi azamnya untuk melakar sejarah menjadi pendaki solo yang berjaya menawan tujuh puncak ditujuh benua dalam tempoh setahun, mulai tahun ini.

Katanya tujuh puncak itu adalah puncak Aconcagua di benua Amerika Selatan, puncak Carstensz Pyramid di benua Australasi­a dan Gunung Kilimanjar­o di Afrika.

Turut menjadi ‘idaman’ pendaki solo itu adalah Gunung Vincon di Antartika; Gunung Denali di Amerika Utara, Gunung Everest di Eurasia dan Gunung Mauna Keadi Kepulauan Pasifik.

Khairil Aslan berkata hasrat untuk menakluk tujuh puncak di tujuh benua itu lahir, berikutan kejayaan ekspedisi solonya menawan tiga puncak Himalaya iaituPunca­k Maru, Lobuche dan Island dalam tempoh sebulan tahun lepas.

“Saya akan menggunaka­n kejayaan menakluk tiga puncak Himalaya di Nepal baru-baru ini dalam keadaan cuaca yang sejuk dan tiupan angin 140 kilometers­ejam sehingga 160 kilometer sejam sebagai dorongan untuk mencapai cita-cita tersebut,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENYAMBUT KEPULANGAN: Khairil (memegang bendera) bergambar bersama para guru dan pelajar Sekolah Menengah Kampung Perak, Batu Kurau pada majlis menyambut kepulangan­nya dan pelancaran galeri yang menempatka­n gambar dan sejarah pendakiann­ya di sekolah...
— Gambar Bernama MENYAMBUT KEPULANGAN: Khairil (memegang bendera) bergambar bersama para guru dan pelajar Sekolah Menengah Kampung Perak, Batu Kurau pada majlis menyambut kepulangan­nya dan pelancaran galeri yang menempatka­n gambar dan sejarah pendakiann­ya di sekolah...
 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN GALERI: Khairil (dua kanan) bergambar bersama para guru Sekolah Menengah Kampung Perak Batu Kurau, pada majlis menyambut kepulangan dan pelancaran galeri di sekolah itu di Taiping.
— Gambar Bernama PELANCARAN GALERI: Khairil (dua kanan) bergambar bersama para guru Sekolah Menengah Kampung Perak Batu Kurau, pada majlis menyambut kepulangan dan pelancaran galeri di sekolah itu di Taiping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia