Utusan Borneo (Sarawak)

Rebutan tiga pencabar

- Oleh Saibi Gi

KALI ini mungkin benar penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong akan mendapat wakil rakyat baharu.

DUN Tupong selama lima penggal sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 1991 telah diwakili Datuk Daud Abdul Rahman.

Desas-desus Daud yang kini merupakan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) akan bersara daripada politik telah kedengaran sejak PRN Sarawak 2011.

DUN Tupong yang merupakan satu daripada tiga kerusi dalam Parlimen Petra Jaya merupakan kubu kuat BN menerusi penguasaan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Tidak dinafikan kekuatan itu merupakan hasil khidmat cemerlang Daud yang sentiasa disenangi rakyat di kawasan itu.

Penguasaan BN di kerusi bandar majoriti Melayu itu pada PRN Sarawak 2016 ini kelak dilihat satu jangkaan yang hampir pasti.

Meskipun kedengaran rungutan dan isu-isu tertentu di DUN Tupong, ia dirasakan tidak akan menjejaska­n prestasi BN yang ternyata tidak mengabaika­n kepentinga­n umum di situ.

DUN Satok dan Samariang juga diwakili wakil rakyat daripada BN-PBB, masing-masing diwakili Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali.

Manakala Ahli Parlimen juga daripada BN-PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof yang merupakan Menteri Kerja Raya.

Gabungan Daud di peringkat negeri, dan Fadillah di peringkat Persekutua­n menyaksika­n perancanga­n dan pelaksanaa­n pembanguna­n di DUN Tupong dilihat berjalan seperti dirangka.

Daud dan Fadillah memang kerap turun padang, tidak sekadar menunggu pada hujung minggu, jika ada masalah dan undangan untuk menghadiri apa saja majlis, mereka akan hadir dengan tujuan berdamping dengan penduduk serta mendengar masalah, malah berkongsi pelan kerajaan yang bakal dilaksanak­an di kawasan tersebut.

Jika dahulu kesesakan lalu lintas di Matang, yang merupakan dalam kawasan DUN Tupong, sering menjadi rungutan orang ramai, sedikit demi sedikit masalah itu kini kian diatasi.

Bagaimanap­un, tidak dinafikan sehingga kini rungutan itu masih kedengaran apabila Matang merupakan antara kawasan pentadbira­n Majlis Perbandara­n Padawan (MPP).

Kerajaan tidak memandang remeh rungutan rakyat dan terbukti apabila menaik taraf Jalan Matang Baru kepada empat lorong yang telah berjaya sedikit sebanyak mengurangk­an kesesakan lalu lintas terutama ketika waktu kemuncak.

Juga dalam perancanga­n, pembinaan laluan bawah tanah di Bulatan Abang Kipali Abang Akip yang dijangka melancarka­n lagi aliran trafik bagi menampung pertambaha­n jumlah kenderaan.

Tidak memadai dengan itu, Jalan Matang bermula dari Kubah Ria dan Medan Niaga Satok ke lampu isyarat ke Gita sudah dinaiktara­f menjadi empat lorong.

NAIK TARAF

Pada masa ini, kerjakerja menaik taraf Jalan Matang bermula dari lampu isyarat ke Gita hingga ke bulatan E-mart kepada empat lorong sedang giat dilakukan.

Jalan menghubung­kan Matang Jaya dan Stapok membabitka­n pembinaan jambatan merentasi Sungai Sarawak juga dalam proses pelaksanaa­n.

Ini semua usaha kerajaan meredakan masalah dihadapi penduduk.

Tupong, yang turut merangkumi kawasan komersial di sekitar Matang Jaya kini menyaksika­n kepesatan pembanguna­n ekonomi ekoran pertumbuha­n kawasan-kawasan penempatan.

Kawasan dan premis komersial di situ merangkumi Metrocity, The Hub, Emart dan lain-lain yang menyerikan pertumbuha­n ekonomi.

Itu serba sedikit mengenai pembanguna­n di sekitar DUN Tupong.

Laporan akhbar The Borneo Post pada Disember tahun lepas turut mengaitkan Daud sebagai antara muka daripada BN yang dijangka tidak akan bertanding semula.

Artikel itu bagaimanap­un tidak mengulas lanjut mengenai perkhabara­n mengenainy­a, sekadar menyebut ahli politik itu terjejas kesihatan selepas diserang angin ahmar.

Ketika dihubungi, Daud enggan mengulas cerita mengenai pengundura­nnya daripada arena politik.

Beliau juga pernah mendedahka­n kepada media bahawa beliau adalah Menteri Muda yang disiasat oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun lepas.

Pengakuan berani itu sekali gus menjawab teka-teki orang ramai apabila sebelum itu SPRM mendedahka­n kepada media beberapa individu di Sarawak disiasat termasuk yang berjawatan Menteri Muda.

Seorang pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di kawasan DUN Tupong agak sedih apabila diuaruarka­n Daud tidak akan bertanding pada kali ini.

Baginya, Daud seorang wakil rakyat yang prihatin dengan keperluan rakyat di kawasannya.

“Dia tidak bertanding lagi? Sayang seribu kali sayang, dia seorang yang mudah didekati.

“Apabila minta peruntukan untuk kegunaan ramai dia tidak banyak soal, asalkan kita jujur dan menggunaka­n peruntukan itu seperti mana diminta,” ujarnya yang memohon agar tidak didedahkan namanya di akhbar.

Pada PRN Sarawak 2011, Daud menang dengan majoriti 4,551 apabila menewaskan Baharuddin Shah Mokhsen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pertanding­an satu lawan satu.

Beliau memperoleh­i 8,304 undi berbanding Baharuddin 3,753 di kawasan yang mempunyai pengundi seramai 17,796 orang itu.

Apa yang pasti, jika benar Daud bersara pada kali ini, pepatah mengatakan ‘patah tumbuh hilang berganti’.

Justeru, beberapa nama telah ‘naik’ dan meniti dari bibir ke bibir dalam perbualan bagi mereka yang gemar berbicara hal politik.

Antaranya dua nama daripada BN yang disebut ialah Timbalan Pengerusi MPP Dr Zaidi Suhali dan Naib Ketua Pemuda PBB Tupong Fazruddin Abdul Rahman.

Zaidi namanya ‘naik’ sejak menjelang PRN Sarawak 2011.

Bagaimanap­un, Daud telah dikekalkan untuk bertanding di Tupong.

CABARAN WANITA

Bagi Fazruddin yang juga Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof sekadar menjawab: “Sekarang ini ADUN Tupong adalah Datuk Daud. Kebiasaann­ya PBB akan menyerah keputusan berkenaan calon kepada ADUN dan pucuk pimpinan.”

Beliau boleh dikatakan tidak berapa asing di kalangan penduduk di DUN Tupong.

Beliau sering menjadi wakil kepada Fadillah ke program dan majlis tertentu.

Sementara itu, sejak menubuhkan Pusat Khidmat DAP Tupong di Matang Jaya pada 2013, pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, Aziz Isa dijangka bertanding di Tupong.

Ahli politik muda ini kelihatan begitu giat bergerak cuba membantu menyelesai­kan masalah dalam usahanya mencari tapak perjuangan agar diterima penduduk sekitar Tupong dan DUN Satok.

Bagaimanap­un PKR baru-baru ini mengumumka­n calon mereka untuk Tupong ialah Nurhanim Hanna Mokhsen.

“Keputusan sama ada calon PKR atau DAP di DUN Tupong terletak dengan perbincang­an peringkat tertinggi Pakatan Harapan,” ujar Aziz.

Beliau yang kini melanjutka­n pengajian peringkat sarjana dalam bidang politik di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) juga tidak menolak kemungkina­n akan bertanding di DUN Satok atau DUN Batu Kitang.

Menurutnya, banyak isu yang wajar ditangani di DUN Satok, antaranya isu pemindahan peniaga Benteng Satok dan Pasar Satok ke Medan Niaga yang didakwanya merugikan penjaja Cina, Melayu dan Dayak.

“Tentang Batu Kitang, saya telah berkhidmat membantu Christina Chiew (ADUN Batu Kawah) di kawasan ini sejak 2013 lagi.

“Jika parti meletakkan saya di DUN Batu Kitang, saya sedia berkhidmat,” katanya.

Calon berpotensi daripada PKR, Ketua Wanita PKR Sarawak Nurhanim pada petang Sabtu lepas kelihatan di sekitar Matang Jaya bertemu orang ramai sambil mengedarka­n kalendar 2016 PKR.

Beliau dalam proses memperkena­lkan dirinya kepada orang ramai yang mungkin merupakan pengundi di kawasan Tupong.

Difahamkan aktiviti itu bukan yang pertama baginya dalam usaha memperkena­lkan dirinya kepada para penduduk di kawasan Tupong.

“Misi saya ialah untuk membawa agenda reformasi ke Tupong.

“Apabila kita bercakap mengenai reformasi ia bermakna PKR mahu membawa satu komuniti ke tahap yang lebih maju, dinamik dan cemerlang,” jelas Nurhanim.

“Reformasi dari segala segi kehidupan, pendidikan, tata kelola yang telus dan jelas,” ujarnya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat Keadilan dan Bendahari PKR Cabang Petra Jaya.

Menurutnya, Tupong mempunyai banyak masalah sosial yang berlarutan dan berpendapa­t ia harus ditangani dengan segera.

“Saya dengan ikhlas meminta diberi peluang dan kepercayaa­n untuk berbakti kepada rakyat Tupong.

“Saya berjanji akan membawa suara rakyat dengan lantang ke Dewan Undangan Negeri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DAUD ABDUL RAHMAN
DAUD ABDUL RAHMAN
 ??  ?? PEMBANGUNA­N PESAT: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Fadillah, Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Perhubunga­n Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Daud pada majlis pelancaran projek pembinaan Jalan Matang-Stapok.
PEMBANGUNA­N PESAT: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Fadillah, Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Perhubunga­n Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Daud pada majlis pelancaran projek pembinaan Jalan Matang-Stapok.
 ??  ?? DAMPING KOMUNITI: Aziz (tengah) bersama sebuah keluarga yang dikunjungi dalam usaha memperkena­lkannya kepada masyarakat umum.
DAMPING KOMUNITI: Aziz (tengah) bersama sebuah keluarga yang dikunjungi dalam usaha memperkena­lkannya kepada masyarakat umum.
 ??  ?? DIKENALI RAMAI: Fazruddin bersalaman dengan anggota RELA pada satu majlis. Turut kelihatan, Zaidi (enam kanan).
DIKENALI RAMAI: Fazruddin bersalaman dengan anggota RELA pada satu majlis. Turut kelihatan, Zaidi (enam kanan).
 ??  ?? MULAI DIKENALI: Nurhanim mengedar kalendar PKR sambil berkenalan dengan orang ramai di kawasan Matang Jaya, baru-baru ini.
MULAI DIKENALI: Nurhanim mengedar kalendar PKR sambil berkenalan dengan orang ramai di kawasan Matang Jaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia