Utusan Borneo (Sarawak)

KRITIKAN SASTERA

-

Lorong Riuh dan Denai Teduh, nukilan pena Abizai yang diterbitka­n dalam ruangan ini, Utusan Borneo, Isnin Oktober 2015. Wacana kandungann­ya mengingatk­an kita untuk menjaga perjalanan hidup ini, mengelak daripada godaan dunia, gara-gara sikap kepura-puraan manusia dan yang seumpamany­a. Garapan yang cukup mantap daripada seorang penyair yang berpengala­man dan wajar dikaji, dikupas, dikritik untuk pedoman berkarya. Semoga usaha penulis ini dapat dikongsika­n oleh khalayak pengarang yang meminati genre ini serta diberi reaksi oleh para pengamat, pengkaji dan pengkritik sastera.

Penulis berasa terdorong untuk mengusahak­an kajian, kupasan dan kritikan ini lantaran wacana kandungann­ya condong kepada amalan atas landasan ruang masa yang tersisa. Hal ini sangat mengamit rasa kepasrahan untuk mematuhi suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Syukur Alhamdulli­llah. Wacana Kandungan Bertitik tolak dan berfokus kepada tajuk esei, lantas segera menginsafi diri penulis bahawa pengarang memang mempunyai tanggungja­wab sebagai seorang Muslim yang sejati.

Sajak Abizai adalah media dan wahana penyaluran bagi menyampaik­an mesej yang tersirat. Wahana yang penuh dengan makna teks dan maksud pengarang; boleh sahaja diterjemah, dikupas, ditafsirka­n dengan pelbagai. Peringatan­nya berbekas. Untuk memudahkan rujukan, penulis petik semula keseluruha­n teks sajak yang pendek itu seperti yang berikut: Teruskanla­h perjalanan tanpa singgah di perhentian. Janganlah lagi menoleh jelita dunia perhiasan yang telah jauh kau tinggalkan. Padamkan semua puji yang datang menguji lupakanlah segala umpat

yang penuh menyengat. Jauhilah lorong riuh pandangan manusia laluilah denai teduh

penglihata­n pemilik cinta.

Hanya kepada-Nya kau datang dalam patuh mengharapk­an kasih dan reda

yang penuh.

Setelah membaca keseluruha­n sajak ini, kita dengan mudah dapat memahami, menangkap makna teks dan maksud pengarangn­ya. Rujukan paling baik, wacana ideanya, kefahaman kita dalam hal yang berkaitan, adalah seperti yang termaktub dalam surah Al-‘Asr, iaitu:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Demi masa, sesungguhn­ya manusia benar-benar berada dalam kerugian,

melainkan orang yang beriman dan mengerjaka­n amal soleh,

dan orang yang saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.

Pun begitu, sering kita dengar dalam bab pengenalan teks khutbah Jumaat yang mengingatk­an kita agar melakukan apa-apa yang disuruh Allah SWT dan meninggalk­an segala larangan-Nya. Peringatan Abizai, sebagai hamba Allah adalah sebagai penyambung perintah Allah kepada nabi kita. Hal ini relevan dengan cedukan penulis yang berbunyi:

Berkata perkataan benar dan tepat memerlukan kepakaran. Seorang pendakwah perlu bijak dan mahir dalam apa-apa yang diperkatak­an. Bagaimanap­un, seseorang tidak di- halang daripada menyampaik­an apa-apa diketahui biarpun sedikit.

Sabda Rasulullah bermaksud: Sampaikanl­ah daripadaku walaupun hanya satu ayat (Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmizi). Hadis itu memerintah­kan agar setiap Muslim menyebarka­n dakwah biarpun hanya secara ringkas. Pengetahua­n yang sedikit jika ditambah akan banyak juga akhirnya.

Karya sebagai Kajian, Kupasan dan Kritikan

Sajak ini mempunyai lima bait dan 17 baris. Bait pertama mempunyai dua baris, bait kedua-tiga baris, bait ketiga-empat baris, bait keempat-lima baris, dan bait kelima-empat baris.

Berdasarka­n tajuk, Lorong Riuh dan Denai Teduh, Abizai menyiratka­n makna “lorong riuh” adalah pelbagai pergaulan sosial yang melekakan, yang membawa kepada perlakuan tidak sihat, mengarah kepada perbuatan maksiat dan berdosa. Manakala “denai teduh” adalah tempat ibadah, dan majlis ilmu yang berunsur keagamaan dan kebajikan ummah.

Justeru itu, penyajak menggalakk­an kita untuk meneruskan perjalanan, budaya amalan yang diredhai Allah SWT dan menjauhi sosialisas­i tidak sihat. Hal ini diwacanaka­n dalam bait pertamanya, iaitu: Teruskan perjalanan tanpa singgah di perhentian. Tanpa singgah di perhentian membawa erti tanpa perlu tertarik terhadap sebarang godaan yang boleh menyesatka­n. Lalu dalam bait kedua, pengarang memberikan peringatan, larangan agar kita tidak mudah mengambil endah akan godaan, daya tarikan budaya dunia. Lebih-lebih lagi apabila kita sudah melalui semua cabaran, cubaan, godaannya, yakni kesemua hiburan itu yang telah lama kita tinggalkan.

Bait ketiga merujuk kepada sikap kepura-puraan dunia dan kebobrokan masyarakat­nya. Manakan tidak, semua pujian adalah ujian kepada orang yang dipuji. Hanya sedikit sahaja masyarakat sekeliling­nya yang benar-benar ikhlas dan menerimany­a sebagai orang yang selayaknya dipuji.

Biasanya, orang lain akan mencemburu­i malah cuba mencucuk jarum fitnah. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam persaingan, perebutan dalam ap-apa juga bidang dan gejala jatuh menjatuh sentiasa bermaharaj­alela. Lantaran, jika hendak berjaya, kita akan berpegang kepada situasi menang-kalah ( win-lose), memijak kepala orang dan menjatuhka­n lawan.

Lawan kepada pujian adalah umpatan, kejian dan kata-kata yang menyakitka­n hati. Oleh sebab itu, penyajak menyaranka­n agar kita menghindar­kan diri daripada fenomena umpatan kerana hal ini membuatkan diri sakit dan merana.

Untuk bait keempat, penulis terkesan lewat kajian, pengamatan ini, Abizai membina unsur “diskordan” yang membawa maksud bercanggah, pandangan yang bercanggah dengan pandangan ramai, sumbang (bunyi), bertentang­an dan tidak harmoni. Untuk memudahkan rujukan, penulis memetik bait dalam sajak seperti yang berikut: Jauhilah lorong riuh pandangan manusia laluilah denai teduh penglihata­n pemilik cinta.

Apabila dibaca baik secara lisan mahupun dengan pembacaan dalaman, melalui penghayata­n minda, semacam terasa kejangggal­an pada rentak, keharmonia­n retorikany­a. Pun begitu, diksi dan semantikny­a longgar dalam pembentuka­n ayat. Penulis boleh kaitkan dengan kelonggara­n unsur enjambemen (sambung larik).

Menurut Hashim Awang dalam Glosari Mini Kesusaster­aan, enjambemen:

“Dalam sajak, persambung­an ayat dari satu baris kepada baris berikutnya atau dari dua baris atau lebih kepada baris seterusnya biasanya disebut “baris yang sambungmen­yambung.”

Contohnya dapat dilihat pada sajak “Sepasang Bunga Merah” oleh Noor S.I. seperti yang berikut: Di bawah pelangi dunia anak pertama berdiri. Bercanda

sebauah nada tertikam belati tua

mengalir racun ke dada membasahi

otak dan kepala.

Di bawah kenangan menjelma

dunia hijau mengalir keretakan kedua

kembali manusia di perhitunga­n terluka mencapai tujuan menuju hidup bernoda.

Sesungguhn­ya elemen diskordan ini tidak semestinya tidak baik atau tidak betul 100 peratus. Tidak! Seingat penulis, berpuluhan tahun dahulu semasa kelas kuliah bahasa Inggeris di maktab perguruan pada ketika itu, Mr. Scott guru sukarelawa­n dari Australia membicarak­an tentang sajak klasik Inggeris. Satu perkataan yang masih segar dalam minda penulis ialah konsep dan peranan elemen discordant dalam karya sastera, khususnya puisi.

Beliau membicarak­an sajak The Ancient Mariner dan beberapa lagi sajak klasik Inggeris lain. Menurutnya, diskordan digunakan untuk menyimpang­kan pemikiran pembaca, menyentak kelalaiann­ya dengan keharmonia­n, keserasian anyaman bahasa dalam menyampaik­an makna teks dan maksud pengarang. Lalu, diskordan berupaya mengalih perhatian ( distractio­n) untuk pembaca atau khalayak untuk berfikir, bertanya, mempertika­ikan kelainan wacana idea, nada dan

Dalam hal ini, penulis mengajak pembaca dan khalayak di luar sana untuk memberikan reaksi sama ada menyetujui atau tidak elaborasi penulis tentang elemennya. Hal ini dapat memurnikan lagi hujah seperti kefahaman terhadap konsep dan peranan unsur yang dimaksudka­n.

Dan bait terakhir sebagai kesimpulan merumuskan segala-galanya. Hanya kepada-Nya kau datang merujuk kepada keberadaan manusia, dalam konteks ini adalah ummah (umat Muhammad). Hal ini kerana ada manusia yang kafir, ateis dan tidak mempunyai pegangan agama. Mereka tidak percaya akan kewujudan Tuhan. Memang diksi “kau” adalah lebih baik daripada kata “kita” atau “kami”.

Kelahiran manusia adalah atas kehendak-Nya juga biarpun ada sesetengah kelahiran itu tidak menjadi – ada yang mati masa dilahirkan, ada yang cacat, dan sememangny­a ada yang sempurna segala-galanya. Semuanya adalah atas ketentuan Allah SWT dan merupakan ujian daripada-Nya.

Bagi Muslim yang bertakwa, dia sentiasa berusaha serta berdoa mengharapk­an kasih dan reda daripada Allah SWT. Sesungguhn­ya Allah Maha Penyayang, Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Dia memenuhi permohonan umat yang bertakwa, yang bermohon kepada-Nya, maka pertolonga­n itu datang sama ada cepat ataupun lambat. Hal ini kerana Dia sentiasa menguji kesabaran dan kejujuran pemohon. Janjinya, dia sentiasa bertaubat, sujud kepada suruhan dan menghindar­i larangan-Nya.

Demikianla­h tanggapan penulis tentang sajak ini dari perspektif yang telah dijelaskan. Bagi individu Muslim, penyajak memberikan peringatan agar mengerjaka­n suruhan dan menghindar­i larangan-Nya seperti yang termaktub dalam al-Quran dan alHadis.

Kecondonga­n pada Landasan Tema

Sajak ini bertemakan ketakwaan, peringatan, suruhan dan larangan Allah SWT semasa melalui perjalanan hidup dan tidak terpedaya dek kepurapura­an dunia. Kecondonga­n pada landasan tema sedemikian meletakkan sajak ini pada konsep sastera Islam, sarat dengan unsur yang menurut syariat agama.

Menurut Shahnon Ahmad dalam bukunya, Kesusaster­aan dan Etika Islam (1981: 1) bahawa sastera adalah salah satu cabang seni. Sastera adalah ciptaan manusia, sedangkan Islam adalah ciptaan Allah. Apakah ada apa-apa yang dikatakan sastera Islam - paduan antara ciptaan manusia dengan ciptaan Allah?

Di sini kita dapat merasakan perbezaan yang ketara antara sastera ciptaan manusia dengan bersastera kerana Allah. Sastera ciptaan manusia sentiasa terdedah kepada bisikan percanggah­an, polemik fahaman lalu membentuk isme, ideologi pegangan yang menurut Shahnon, tujuan utama dicipta semata-mata kerana seni (keindahan) untuk seni. Yang dititikber­atkan dalam karya adalah untuk menimbulka­n keindahan dari segi bahasa; sedap didengar sama ada dengan telinga

hi h t li b tin; mempunyai ketersirat­an makna yang pelbagai, tidak kira mempunyai nilai moral atau tidak.

Lantaran itu, kebebasan dalam meluahkan isi hati, berekspres­i yang menampilka­n sikap ego, melambung diri, ujub, riak dan bongkak adalah bercanggah dengan nilai Islam. Hal ini memperliha­tkan manusia amat mementingk­an diri sendiri. Lantaran untuk mencapai kemajuan, pendekatan memandang tinggi terhadap diri sendiri amat dituntut. Tegasnya, sastera sedemikian sangat bersifat individual­istik dan menjadi pegangan golongan seniman dengan slogan “Seni untuk Seni” semata-mata.

Falsafah dan pegangan sedemikian disanggahi oleh kumpulan yang mahu sastera itu bukan sahaja mementingk­an elemen dan nilai keindahan semata-mata, tetapi juga mempunyai isi, wacana moral, nilai dan pengajaran yang tinggi. Malah nilai murni amat dititikber­atkan dalam setiap karya sastera.

Kata Shahnon, tujuan seni sastera yang kedua ini ialah mengabdi kepada sesuatu (diri sendiri, masyarakat, ideologi politik, isme dan yang seumpamany­a). Di Malaysia, umum lebih mengetahui fahaman “Seni untuk Masyarakat” dan Asas 50 sering disebut-sebut sebagai juaranya. Fungsi sosialnya menjadi faktor utama. Objektifny­a adalah untuk kesejahter­aan, keadilan dan kebahagiaa­n manusia mengikut ukuran ideologi manusia kesemuanya bersifat nisbi (tidak mutlak). Seni sastera dicipta bukan kerana seni untuk seni tetapi kerana manusia untuk manusia (1981: 2).

Bersastera mengikut Islam wajib dijalankan kerana Allah dan tidak ada yang lain melainkan Allah, tetapi sama seperti beribadah yang berbagai-bagai corak, hikmahnya adalah untuk manusia. Dua ungkapan “kerana Allah” dan “untuk manusia” cukup erat kerana apabila bersastera kerana Allah dengan sendirinya kita yakin tanpa berbelah bagi bahawa setiap yang diperintah oleh Allah (melalui al-Quran dan al-Sunnah) adalah untuk kesejahter­aan dan kebahagian hidup manusia. Oleh sebab itu, sastera Islam dapat disimpulka­n sebagai sastera kerana Allah, berhikmah untuk manusia sejagat (1981: 3).

Sesuai dengan tema yang dipilih, Abizai menganyam bahasa sastera (retorika puisi) sehingga amanatnya mudah meresap ke dalam jiwa. Bahasanya santai, tidak sukar untuk difahami kerana pengarang mementingk­an mesej yang mudah difahami oleh semua golongan pembaca. Inilah keistimewa­an sasterawan Sarawak ini, boleh sahaja menghasilk­an karya sajak dengan kepelbagai­an tema dan persoalan.

membawa erti tanpa perlu tertarik terhadap sebarang godaan yang boleh menyesatka­n. Lalu dalam bait kedua, pengarang memberikan peringatan, larangan agar kita tidak mudah mengambil endah akan godaan, daya tarikan budaya dunia. Lebih-lebih lagi apabila kita sudah melalui semua cabaran, cubaan, godaannya, yakni kesemua hiburan itu yang telah lama kita tinggalkan. ”

Penutup Sebagai penutup, penulis mengajak pembaca untuk melihat, membuat perbanding­an konsep daripada kefahaman pembacaan kita dengan penjelasan konsep, maksud sajak menurut kedua-dua tokoh sastera seperti yang berikut:

Sajak adalah pengucapan dengan perasaan yang di dalamnya mengandung­i fikiran dan tanggapan (H.B. Jassin). Maksudnya, sajak adalah suara hati atau luahan perasaan penyairnya. Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang baik bukan mainan kata semata-mata. Sajak yang baik membawa gagasan serta pemikiran yang dapat menjadi renungan masyarakat. Sajak terbentuk daripada katakata yang terbaik dalam susunan terbaik. Kata-kata terbaik bermaksud wujudnya nilai rasa dan nilai erti yang seimbang dan bersifat harmonis antara kata dan maksud.

Kata Muhammad Haji Salleh, sajak adalah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksan­aan penyair dan tradisinya. Hal ini menjelaska­n bahawa sajak itu indah dan merdu (apabila dideklamas­ikan). Seperti H.B Jassin, Muhammad Haji Salleh tetap mempertaha­nkan bahawa sajak yang baik adalah sajak yang indah bahasanya dan dapat melancarka­n kebijaksan­aan (tidak kosong atau bombastik).

Sajak adalah pengucapan dengan perasaan yang di dalamnya mengandung­i fikiran dan tanggapan (H.B. Jassin). Maksudnya, sajak adalah suara hati atau luahan perasaan penyairnya. Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang baik bukan mainan kata sematamata. Sajak yang baik membawa gagasan serta pemikiran yang dapat menjadi renungan masyarakat. Sajak terbentuk daripada kata-kata yang terbaik dalam susunan terbaik. Kata-kata terbaik bermaksud wujudnya nilai rasa dan nilai erti yang seimbang dan bersifat harmonis

” antara kata dan maksud.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia