Utusan Borneo (Sarawak)

India terus perangi krisis malnutrisi

-

TATKALA seorang lagi bayi yang amat kurus ditimbang di atas set penimbangn­ya, Dr Om Prakash tahu beliau perlu bertindak pantas untuk mencegah tragedi.

“Anak-anak yang teruk kekurangan zat berisiko mati dalam masa beberapa jam atau hari,” kata doktor terbabit ketika ditemui koresponde­n Agnes Bun dalam syifnya di unit rawatan rapi khusus bagi kanak-kanak di negeri termiskin di India.

“Bagi kesihatan manamana individu, nutrisi adalah syarat utama.

“Apabila nutrisi terjejas, seluruh fungsi tubuh terganggu,” katanya lanjut.

Hospital 30 katil di Darbhanga, negeri timur Bihar itu penuh dengan kanak-kanak berperut buncit dan bermata terjojol, petanda jelas berat badan merosot dan kerencatan pertumbuha­n ekoran malnutrisi teruk.

Tatkala ekonominya berkembang pada kadar sihat, India masih lagi ketinggala­n di belakang beberapa jirannya yang lebih miskin dalam aspek nutrisi kanakkanak dengan lebih 40 juta kanak-kanak terencat pertumbuha­n, menurut laporan yang dikeluarka­n baru-baru ini.

Meskipun kerajaan menghabisk­an berbilion rupee untuk menangani gejala tersebut, ia masih lagi gagal menangani masalah yang berakar umbi daripada kemiskinan tegar, ketidaksam­aan jantina dan penyakit.

“India sebenarnya menempatka­n jumlah kanak-kanak kekurangan zat terbesar di dunia, lebih ramai daripada di sub Sahara Afrika,” kata Sashwati Banerjee, pengarah urusan Sesame Workshop India.

Kanak-kanak ini, jika mereka bertahan, akan berkembang menjadi individu pendek dan lemah, manakala otak dan sistem imun mereka terjejas dan lebih mudah mendapat penyakit.

Antara 2006 dan 2014, paras kerencatan pertumbuha­n kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun merosot daripada 48 peratus kepada 39 peratus, menurut Laporan Nutrisi Global.

Namun ia masih lagi jauh melepasi purata global 24 peratus, menurut penemuan laporan itu yang dipantau oleh Institut Penyelidik­an Polisi Makanan Antarabang­sa (IFPRI).

KURANG KESEDARAN

Dengan tubuh melidi dan kulit berkedut, kanakkanak di pusat Bihar itu ditimbang dalam baldi plastik biru terang yang lazimnya digunakan untuk mengangkut air atau pakaian.

Tiada barangan permainan atau lukisan pada dinding, cuma bunyi kanak-kanak menangis manakala yang lain duduk tidak bergerak dan termenung panjang.

Doktor memberikan mereka makanan khas berupa campuran susu dan gula berdasarka­n kepada berat badan mereka.

“Makanan biasa hanya akan menyebabka­n masalah kepada mereka.

“Jadi kami memberikan mereka makanan yang lebih rendah kalorinya dan mudah dihadam,” kata Prakash.

“Dari semasa ke semasa kami menambah kadarnya, sebelum beralih kepada makanan separa pejal dan beransuran­sur memperkena­lkan makanan yang mudah diperolehi di sini.”

Cucu lelaki Zalumun Khatoon, Shahadat Hussein yang baharu berusia empat tahun cuma seberat lapan kilogram, separuh daripada berat badan normal untuk kanak-kanak seusianya.

“Dia diberikan ubat selama sembilan bulan, kemudian asyik demam dan mulai kehilangan berat badan,” kata neneknya ketika doktor dan jururawat sibuk mundar-mandir.

Tatkala paras keseluruha­n malnutrisi semakin berkuranga­n, usaha membasminy­a bagaimanap­un terencat oleh pertumbuha­n pesat populasi India yang dijangka melepasi China menjelang 2022, menurut unjuran PBB.

Bihar yang sudahpun mempunyai populasi berjumlah 103 juta orang, mempunyai antara kadar pertumbuha­n terpantas di negara itu dengan purata wanita melahirkan empat anak, kerapkali jumlah ini terlalu ramai bagi kemampuan mereka untuk menyaranya.

Negeri miskin yang mana sebahagian besarnya masih luar bandar itu juga mencatat antara kadar tertinggi malnutrisi di India.

Ibu-ibu yang kebanyakan­nya miskin dan buta huruf, juga kekurangan zat kerana status lebih rendah wanita bermakna mereka ketinggala­n dalam mendapatka­n sumber makanan yang terhad, sekali gus menyebabka­n ramai bayi kekurangan berat badan sejak lahir lagi.

Kekurangan kesedaran bermakna mereka cenderung memberikan bayi mereka susu lembu atau kerbau berbanding menyusu badan, membuatkan anak-anak mereka lebih mudah dijangkiti penyakit.

MASALAH CACING

Selain itu, kadar tinggi pembuangan najis secara terbuka di India juga menyumbang kepada masalah tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia, bersama UNICEF dan USAID mengeluark­an laporan pada November 2015 yang menurut mereka menggambar­kan kaitan di antara kekurangan sanitasi dengan malnutrisi.

Pembuangan najis secara terbuka meningkatk­an penyebaran wabak cirit-birit, di mana episod berganda boleh mengubah usus seseorang kanakkanak buat selamalama­nya, sekali gus mencegah penyerapan nutrien penting dan menjurus kepada pertumbuha­n terencat.

Selain itu, parasit dalam usus seperti cacing bulat dan cacing kait, disebarkan melalui tanah tercemar di kawasan di mana pembuangan najis secara terbuka diamalkan.

Cacing kait adalah punca utama anemia kalangan wanita hamil, yang kemudianny­a melahirkan bayi kekurangan zat dan berat badan, tambah UNICEF.

Purnima Jha, pengarah pusat perancanga­n keluarga Janani berkata, situasi di Bihar diburukkan lagi oleh kedegilan dan kejahilan masyarakat tradisiona­l dalam aspek perancanga­n keluarga.

“Kami tidak dapat memaksa semua orang menjalani pemandulan, justeru asasnya adalah kami harus mendidik mereka bahawa dua anak sudah memadai.

“Di sekolah-sekolah, sekurang-kurangnya di sekolah menengah dan sekolah tinggi, aspek kawalan kehamilan harus diajar,” katanya lanjut.

Unit Bihar ditubuhkan tahun lepas dengan bantuan badan kebajikan Perancis Medecins Sans Frontieres (MSF atau Doktor Tanpa Sempadan) dan pihak berkuasa berharap untuk membuka wad khusus bagi pesakit malnutrisi di semua hospital kerajaan di negeri itu dalam tempoh terdekat ini.

Malnutrisi mengancam pertumbuha­n ekonomi India, di mana kajian oleh badan kebajikan British Save the Children menganggar­kan impak ke atas negara itu mampu mencecah AS$46 bilion menjelang 2030.

Prakash berkata, tatkala pusat pakar memainkan peranan utama, kejayaan jangka masa panjang bergantung kepada usaha untuk mendidik ibu-ibu mengenai nutrisi dan kebersihan.

“Kesedaran lebih diperlukan daripada ubat-ubatan,” tegas beliau. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia