Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert K-Pop ambil alih ‘scene’ muzik benua Eropah

-

VLASICS Oliver menaiki kereta api yang berjalan sepanjang malam dari Budapest ke Prague dalam perjalanan pertamanya ke Republik Czech, bersama beberapa rakan.

Perjalanan selama lapan jam itu tidak sukar bagi pelajar berusia 16 tahun dari Hungary itu kerana dia teruja mengenai apa yang bakal berlaku dalam tempoh beberapa jam lagi: melihat dengan matanya sendiri penyanyi Korea Selatan membuat persembaha­n, kata agensi berita Yonhap di Korea Selatan.

Perjalanan Oliver ke Prague menggarisk­an bagaimana muzik pop Korea Selatan telah menjadi semakin popular di benua Eropah sejak beberapa tahun yang lalu.

“Saya sangat gembira dari saat pertama kerana saya dapat melihat idola terkenal dengan begitu dekat. Ia rasa menakjubka­n, dan penghibur begitu hebat sekali,” kata Oliver.

Oliver adalah seorang daripada ribuan mudamudi yang membanjiri sebuah stadium di Prague pada bulan lepas untuk melihat konsert K-pop pertama di Republik Czech yang dianjurkan oleh Korea Selatan.

Segelintir penonton menunjukka­n kepingan kertas kecil dengan pesan yang ditulis dalam bahasa Korea yang bermaksud ‘Poland sayang SHINee’ dan ‘Terima kasih’, manakala ada penonton lain yang mengayun ‘glow stick’ dan melaungkan nama kumpulan pop Korea Selatan dan penyanyi mereka.

Segelintir daripada mereka malah menitiskan air mata, mungkin tidak dapat menahan emosi di konsert itu.

“Ia hebat sekali. Saya menjerit dan bernyanyi sepanjang pertunjuka­n,” kata Szaka Viktoria, yang berusia 14 tahun dan datang dari bandar Mogyorod, Hungary, kirakira 20 kilometer ke timur laut Budapest.

Peminat K-pop menunggu dalam keadaan cuaca yang begitu sejuk selama kira-kira dua jam sebelum mereka dibenarkan memasuki stadium untuk melihat konsert.

Konsert itu – dengan barisan penghibur termasuk kumpulan remaja lelaki SHINee dan kumpulan remaja perempuan Red Velvet – menarik muda-mudi dari Hungary, Poland dan Slovakia, selain Republik Czech.

“Saya sangat gelisah dan teruja. Ia adalah kali pertama saya di Prague dan kali pertama saya melihat SHINee – mereka adalah kumpulan kege- maran saya – jadi saya tidak sabar untuk sampai di konsert itu,” kata Hajdu Adrienn, yang berusia 28 tahun, dari Ujfeherto, sebuah bandar kecil di kawasan timur Hungary.

Dia melakukan perjalanan kira-kira selama 13 jam untuk sampai di Prague.

Viktoria, yang turut menaiki kereta api waktu malam untuk pergi ke Prague, berkata dia menggeleta­r kerana takut tidak dapat tiket bagi konsert itu.

“Apabila saya menerima emel itu (yang memberitah­u saya telah memenangi tiket), saya menangis,” kata Viktoria.

Hungary mempunyai jumlah peminat K-pop terbesar dalam Kumpulan Visegrad dengan lebih 109,000 orang, diikuti Poland dengan 46,000 orang, Republik Czech dengan hampir 4,000 orang dan Slovakia 500 orang, menurut data Korea Selatan.

Pusat kebudayaan Korea Selatan di Budapest berkata ia mengadakan tiga kelas tarian K-pop bagi golongan muda di negara di mana lebih 60 kelab peminat K-pop adalah aktif dengan ratusan orang yang mengambil bahagian dalam satu festival K-pop tahunan.

“Gelombang Korea masih ‘gelombang kecil’ di Eropah, tetapi jika keadaan berterusan seperti ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang, ia dapat menjadi tsunami daripadany­a,” kata Oliver, yang merujuk kepada konsert K-pop itu.

K-pop juga semakin popular di Republik Czech kerana peminatnya menghadiri banyak acara K-pop termasuk hujung minggu ‘Czech Hallyu Wave’, parti tarian K-pop dan pertemuan dengan peminat.

Bagi peminat Czech, konsert K-pop pertama di Prague mengejutka­n dan melegakan mereka kerana mereka tidak perlu merentasi sempadan untuk melihat idola mereka.

“Ia ternyata impian yang menjadi kenyataan,” kata Clara Riddellova, seorang pelajar berusia 20 tahun dari Universiti Charles.

“Saya rasa gembira dan malah bangga kerana acara demikian dapat diadakan dan saya dapat menonton konsert Kpop yang julung kali di Prague. Ia benar-benar menakjubka­n.”

Marta Kratochvil­ova, seorang pelajar berusia 24 tahun yang turut bekerja sebagai seorang pemberita laman sesawang ala Asia, berkata peminat tegar begitu taksub dengan K-pop kerana sebahagian daripada mereka malah menganggap K-pop sebagai gaya hidup mereka.

Kratochvil­ova terbang ke London untuk menonton konsert BigBang pada 2012.

Segelintir peminat berkata lagu-lagu K-pop lebih rancak dan menarik berbanding lagu-lagu dari negara lain, hasil daripada korus yang berulang-ulang, yang memudahkan­nya bagi peminat antarabang­sa untuk mengingati­nya.

“K-pop begitu bermakna bagi saya; ia adalah sebahagian yang besar dalam hidup saya. Saya tidak dapat hidup tanpa K-pop,” kata Adrienn. “Ia menggembir­akan saya dan memberi kekuatan kepada saya.” — Bernama

 ??  ?? ARTIS K-POP: Kumpulan Shinee antara yang membuat persembaha­n di konsert K-Pop pertama di Prague pada Disember lepas.
ARTIS K-POP: Kumpulan Shinee antara yang membuat persembaha­n di konsert K-Pop pertama di Prague pada Disember lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia