Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan dana dapat bantu pelajar miskin ringankan beban kewangan

-

PUTATAN: M e l i h a t kesukaran hidup yang dihadapi kerana terpaksa bergantung kepada ibu saudara, seorang insan prihatin membantu AC Arsasia Sam, 15, memohon untuk mendapatka­n dana menerusi Tabung Pendidikan One Place Mall.

Arsasia, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon ini berkata, keprihatin­an individu terbabit yang berusaha mendaftark­an permohonan­nya bagi mendapatka­n dana tabung pendidikan itu amat bermakna bagi dirinya.

K a t a n y a , a p a b i l a dimaklumka­n bahawa beliau akan menjadi salah seorang penerima dana itu beberapa hari lalu, beliau amat bersyukur kerana memikirkan ada beberapa peralatan persekolah­an yang belum dibeli.

D e n g a n b a n t u a n dana ini beliau berharap ia dapat mengurangk­an beban kewangan yang ditanggung ibu saudaranya dalam menguruska­n persekolah­annya.

Katanya, biarpun ibu turut tinggal bersama mereka, tetapi segala urusan persekolah­an ditanggung oleh ibu saudara kerana keadaan ibu yang tidak mengizinka­nnya untuk bekerja.

Beliau berkata, beliau juga menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM) serta Bantuan Thu Chi yang diberikan pihak sekolah.

“Dengan keperluan persekolah­an yang semakin bertambah, saya akan memastikan bantuan-bantuan yang diterima itu digunakan sebaiknya agar segala keperluan persekolah­an dapat dibeli,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Penyerahan Tabung Pendidikan One Place Mall, di sini kelmarin.

Arsasia ialah satu-satunya pelajar dari SMK Tebobon yang menerima bantuan tabung pendidikan berkenaan.

Sementara itu, Nur Syafiqah Azmira Khalid,16, berkata, apabila dimaklumka­n mereka dua beradik layak menerima bantuan itu, ibu bapanya amat gembira mendengar mengenai berita itu.

Katanya, seorang lagi adiknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan ( SK) Petagas turut menerima dana pendidikan berkenaan pada kali ini.

Menurutnya, ini adalah kali pertama mereka memohon untuk mendapatka­n dana berkenaan. Permohonan itu dilakukan pada Disember tahun lalu dan mereka bersyukur kerana mereka antara ratusan pelajar yang terpilih.

P e l a j a r t i n g k a t a n empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan ini berkata, bantuan dana itu sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban bapanya yang menanggung mereka lima beradik.

Katanya, bantuan yang diterima itu dilihat dapat membantu mengurangk­an perbelanja­an bapanya dalam menyediaka­n peralatan persekolah­an.

Dengan pendapatan bapanya yang bekerja sebagai buruh dan ibunya hanya seorang suri rumah, bantuan dana itu besar maknanya buat mereka sekeluarga.

“Ibu bapa saya juga bersyukur kerana kami dua beradik tersenarai sebagai penerima tabung pendidikan pada kali ini,” katanya.

Pelajar yang memperoleh keputusan 5A dalam Penilaian Tingkatan 3 ( PT3) itu menyimpan hasrat untuk menjadi seorang jurutera.

Untuk peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) pula, anak sulung dari lima beradik ini menyasarka­n untuk memperoleh 8A.

Nur Syafiqah berharap dengan memperoleh keputusan cemerlang, ia akan membolehka­n beliau menyambung pengajian dan seterusnya memperoleh pekerjaan yang baik bagi membantu meringanka­n beban bapanya yang bersusah payah menanggung mereka lima beradik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia