Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam disaran waspada dengan gejala media sosial

-

BEAUFORT: Umat Islam disaran agar mengambil sikap waspada dengan perkara yang disebarkan terutama menerusi media sosial.

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Aliasnih berkata, umat Islam harus tidak membiarkan diri mereka mudah dipengaruh­i dan mudah mempercaya­i perkara yang disebarkan menerusi media sosial tanpa membuat penilaian.

“Banyak perkara yang disebarkan menerusi media sosial mengandung­i fakta yang tidak betul, menyimpang jauh dan tidak menggambar­kan perkara yang sebenarnya,” katanya ketika ditemui selepas menyertai umat Islam di Kampung Kukut dalam program Ambang Selawat.

Isnin yang juga Ketua UMNO Bahagian Beaufort berkata, terdapat segelintir umat Islam yang mudah mempercaya­i apa yang disebarkan menerusi media sosial seperti Facebook dan juga blog.

K a t a n y a , a k i b a t m u d a h p e r c a y a i , mereka kemudianny­a menyebarlu­askan perkara itu dalam WhatsApp.

“Tindakan itu agak kurang bijak kerana kita sepatutnya membuat penilaian terlebih dahulu sebelum menyebarlu­askan perkara itu,” katanya dan menambah sikap seumpama itu harus tidak diamalkan kerana ia mampu menjadi budaya dan boleh mempengaru­hi generasi seterusnya.

Justeru, beliau berkata penilaian hendaklah dibuat terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat.

“Kita lihatkan kebijaksan­aan kita iaitu dengan membuat penilaian sebelum keputusan dibuat...biar kita lokek untuk percaya kerana kita mahu kebenaran dan bukannya fitnah,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau menyaranka­n umat Islam menjadikan Rasulullah sebagai contoh dan teladan yang terbaik dan al-Quran sebagai panduan untuk mencapai kejayaan dan juga kecemerlan­gan.

“Baginda merupakan contoh dan teladan yang terbaik untuk umat Islam dan alQuran adalah panduan terbaik untuk kita mencapai kejayaan dan kecemerlan­gan,” katanya lagi.

Beliau turut melahirkan penghargaa­n kepada penganjur program Ambang Selawat dan berharap program seumpama itu dapat dilaksanak­an pada masa akan datang.

Ambang Selawat dipimpin oleh Kumpulan Al-Mawlid manakala Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari dan Ustaz Uwais Al Qarni menyampaik­an ceramah pada program itu.

 ??  ?? CERAMAH: Isnin (duduk, dua kiri) bersama-sama umat Islam mendengar ceramah agama pada program Ambang Selawat di Beaufort.
CERAMAH: Isnin (duduk, dua kiri) bersama-sama umat Islam mendengar ceramah agama pada program Ambang Selawat di Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia