Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Indonesia dikehendak­i polis

Suspek dipercayai dapat membantu siasatan kes bunuh Disember lalu

-

KENINGAU: Seorang lelaki warganegar­a Indonesia dikehendak­i polis untuk membantu siasatan dalam kes bunuh di Kampung Bunang Sook di sini pada Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superinten­den Douglas Nyaging Taong memohon kerjasama orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkaitan suspek dikenali sebagai Irwan Sumail, 30, bekerja sebagai buruh dan tidak memiliki dokumen, agar menghubung­i balai polis yang berdekatan.

“Ini berikutan polis forensik dan unit anjing K9 hanya menemui satu kartu (kad) tenaga kerja luar negeri atas nama suspek ( Irwan Sumail) di tempat kejadian,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat polis daerah di sini pada Jumaat.

Beliau memberitah­u bahawa, pada 14 Disember tahun lalu jam 7.33 petang, pengadu Konstabel Mohd Saiful Aswadi Abdul Kadir melaporkan semasa bertugas di bilik gerakan IPD di sini telah menerima panggilan telefon daripada orang awam mengatakan telah menemui mayat seorang lelaki di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Bunang Sook, di sini.

Douglas berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah dijumpai mati di tempat kejadian di depan sebuah pondok di ladang kelapa sawit Kampung Bunang dan tempat kejadian kira-kira 55 kilometer dari pekan Keningau.

Katanya, pemeriksaa­n awal mayat mangsa terdapat satu kesan tikaman kira-kira 1 sentimeter di leher kiri , satu kesan luka hiris kira-kira 3 sentimeter di lengan tangan kanan dan satu kesan tikaman kira- kira 1 sentimeter di belakang lengan kanan.

“T e m p a t k e j a d i a n adalah terpencil dan mayat mangsa dijumpai oleh orang kampung yang kemudianny­a memaklumka­n kepada polis.

“Terdapat kesan tompokan darah pada pintu masuk sebuah pondok berhampira­n dengan mayat mangsa yang terlantar kira- kira lima kaki dari tangga pondok berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, tidak ada kediaman dan penghuni yang berhampira­n dengan tempat kejadian dan tiada saksi yang melihat ketika kejadian berlaku sementara motif kejadian belum diketahui.

Katanya, pihak forensik dan unit K9 Ibu Pejabat Polis Kepayan telah dipanggil untuk membantu siasatan di tempat kejadian tetapi tidak menemui apa-apa barang kes yang berkaitan hanya kad suspek sahaja.

Douglas memberitah­u bahawa, mangsa dikenali sebagai Iwan Makrasan, warganegar­a Indonesia dan bekerja menombak buah kelapa sawit.

“Polis masih meneruskan siasatan ke atas kes ini dan merayu orang ramai yang menyaksika­n kejadian itu agar tampil untuk memberikan maklumat kepada polis,” katanya.

 ??  ?? IRWAN
IRWAN
 ??  ?? BUKTI: Douglas (tengah) menunjukka­n pisau Bugis yang digunakan oleh suspek menikam mangsa. Turut kelihatan ASP Lee Nyuk Kim (kiri) dan Inspektor Siti Fatimah Az Zahra Sulaiman.
BUKTI: Douglas (tengah) menunjukka­n pisau Bugis yang digunakan oleh suspek menikam mangsa. Turut kelihatan ASP Lee Nyuk Kim (kiri) dan Inspektor Siti Fatimah Az Zahra Sulaiman.
 ??  ?? TRANSFORMA­SI: Madius (dua kiri), Ceasar (dua kanan) dan Clarence (kanan) meninjau keadaan dalam bangunan ITCC itu.
TRANSFORMA­SI: Madius (dua kiri), Ceasar (dua kanan) dan Clarence (kanan) meninjau keadaan dalam bangunan ITCC itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia