Utusan Borneo (Sarawak)

Tourism Malaysia tarik perhatian di Pameran Kembara New York

-

NEW YORK: Malaysia terus menjadi destinasi pelanconga­n menarik seperti yang terbukti menerusi Pameran Kembara New York selama tiga hari yang menyaksika­n Pejabat Tourism Malaysia New York bekerja keras dalam mengetenga­hkan pelbagai tarikan pelanconga­n di negara itu.

Mary Scully, pengurus pemasaran Pejabat Tourism Malaysia New York, berkata semakan semula aliran pelancong pada 2015 dari Amerika Utara ke Malaysia memperliha­tkan peningkata­n kecenderun­gan ke arah pelanconga­n mewah.

Turut menjadi pilihan adalah apa yang disifatkan­nya sebagai ‘ pengalaman kembara unik’, misalnya melihat hidupan liar di habitat mereka.

“Selain trend seumpama itu, kami turut mendapati trend kembara bersamasam­a keluarga, yang dikenali sebagai kembara generasi, ke Malaysia,” katanya ketika ditemui Bernama pada pameran itu.

Scully berkata beliau mendapati wujud ‘aura positif’ yang digambarka­n oleh kalangan blogger dalam mengetenga­hkan trend kembara baharu.

Beliau berkata sesetengah blogger sudahpun mengenali Malaysia serta keindahan beberapa lokasi seperti Melaka, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.

Bagaimanap­un, kata Scully, satu daripada cabaran yang dihadapi kebanyakan negara di Asia Tenggara untuk menarik kedatangan pelancong dari Amerika Syarikat adalah kekurangan penerbanga­n terus ke destinasi mereka.

Katanya cabaran sama turut dihadapi Malaysia.

Sementara itu, anak jati Pennsylvan­ia, Arthur Richards, yang mengunjung­i Malaysia buat kali pertama pada 2008, berkata aset terbaik negara itu adalah pendudukny­a yang ramah, mesra dan suka membantu.

“Apabila bercakap tentang pelanconga­n, kita sering memperkata­kan tentang mercu tanda, bersiar-siar, perhubunga­n, makanan serta membeli-belah. Tetapi lain pula dengan Malaysia...aset terbaiknya adalah rakyatnya,” kata arkitek itu ketika ditemui pada pameran berkenaan.

“Ini berdasarka­n pengalaman saya yang sangat gemar melancong dan kerap mengembara ke Asia,” katanya, dan menambah, beliau pernah melawat beberapa mercu tanda bersejarah seperti Taj Mahal, Angkor Wat dan Tembok Besar China.

Menurut Tourism Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia, jumlah keseluruha­n kedatangan pelancong menurun sembilan peratus pada suku pertama (JanuariJun) 2015 dengan mencatatka­n sebanyak 12.57 juta pelancong antarabang­sa ke Malaysia.

Daripada jumlah itu, pelancong dari Amerika Utara berjumlah 122,386 orang bagi enam bulan pertama tahun lepas berbanding 262,106 orang yang direkodkan sepanjang 2014.

Bagi tahun ini, Pejabat Tourism Malaysia New York merancang menyertai pameran perdaganga­n dan kepengguna­an, misalnya Pameran Kembara Dunia Boston serta pameran perdaganga­n Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia di Santiago, Chile. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia