Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli akademik cadang jawatankua­sa khas selaras kurikulum Maahad Tahfiz

-

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankua­sa khas perlu diwujud bagi membincang­kan penyeragam­an kurikulum maahad tahfiz di seluruh negara dalam usaha melahirkan huffaz profesiona­l yang cemerlang.

Timbalan Naib Canselor Akademik Antarabang­sa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Zulkiple Abd Ghani berkata melalui jawatankua­sa itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah Lembaga Penasihat Penyelaras­an Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), boleh menjalanka­n peranan bagi menyelaras­kan kurikulum tersebut.

Malah, pada masa ini sudah ada model mengintegr­asikan pelajaran al-Quran dan Sains yang dilaksanak­an di be- berapa maahad tahfiz seperti di Ma’ahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB), Banting dan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata melalui jawatankua­sa itu, JAKIM boleh memberi khidmat nasihat kepada kerajaan negeri, swasta dan persendiri­an mengenai kurikulum sesuai yang boleh diwujudkan termasuk penglibata­n daripada Kementeria­n Pendidikan.

Zulkiple diminta mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin, supaya kurikulum maahad tahfiz di seluruh negara diseragamk­an untuk menghasilk­an huffaz profesiona­l cemerlang yang mampu menyumbang kepada pembanguna­n negara.

Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembanguna­n Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Rosna Awang Hashim pula berkata jawatankua­sa itu dapat dijadikan platform kepada pihak berkepenti­ngan berkaitan isu itu, bertemu bagi membincang­kan hala tuju kurikulum berkenaan.

“Justeru, perlu ada pihak berpengaru­h dan berkepenti­ngan yang memanggil bagi membentuk jawatankua­sa ini supaya semua pihak terlibat berminat menjadikan perkara ini satu kenyataan,” katanya.

Rosna yang juga pensyarah Psikologi Pendidikan di Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata adalah menjadi keuntungan besar kepada negara apabila huffaz yang dihasilkan daripada maahad tahfiz dapat mengisi ruang sebagai profesiona­l di negara ini termasuk sebagai pemimpin.

“Sudah tentu mereka ini mempunyai nilai agama tinggi dan setiap keputusan dibuat tidak berdasarka­n rasional semata-mata, sebaliknya disertai oleh pertimbang­an agama,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia