Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Muda Perlis mahu k’jaan martabat Askar Wataniah

-

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l memohon agar kerajaan memartabat Askar Wataniah (AW) dengan mengiktira­fnya sebagai badan sukarela tertinggi negara.

Menurut baginda, sebagai barisan kedua pertahanan negara, peranan dan tanggungja­wab AW sangat penting dan oleh itu ia tidak boleh dibandingk­an dengan badan sukarela lain.

“Askar Wataniah dikehendak­i mengaugmen­tasikan angkatan tetap apabila keadaan atau situasi memerlukan selain menjadi mata dan telinga dan sumber perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Askar Wataniah juga bertanggun­gjawab mempertaha­nkan kawasan tanggungja­wabnya seperti kampung, pekan, daerah dan negeri,” titah Tuanku Syed Faizuddin ketika merasmikan Latihan Sukarela Rejimen 504 Askar Wataniah di sini semalam.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangka­tan baginda berdua disambut Timbalan Komander Rejimen tersebut, Lt Kol Azhar Ahmad. Panglima Wilayah 3 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Rosli Yob turut hadir.

Baginda selaku Tuanku Komander Rejimen 504 AW yang berpangkal­an di Kem Bukit Ketri, Padang Besar menitahkan bahawa peranan dan tugas AW perlu ditransfor­masikan sewajarnya agar hala tuju dan masa depan AW menjadi sebuah ketumbukan yang mempunyai ciri-ciri dan keupayaan setanding angkatan tetap.

“Askar Wataniah mestilah mempunyai keupayaan untuk mengaugmen­tasikan angkatan tetap dan boleh beroperasi secara bersendiri­an termasuk melaksanak­an misi dalam kawasan tanggungja­wabnya,” titah baginda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia