Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines kembali mengorak langkah

Bermula dengan rekod bersih pada 1 Sept, Mueller tekankan ‘penawar bagi pemulihan adalah perit’

-

KUALA LUMPUR: Tahun baharu, permulaan baharu bagi Malaysia Airlines.

Bagi tahun yang baharu sahaja berakhir menyaksika­n tenaga kerja di Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang baru ditubuhkan diketuai Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Christoph Mueller, bekerja keras untuk menyusun bersama organisasi, sebagai sebahagian daripada proses transforma­sinya.

Selepas bertahun- tahun berdepan masalah kewangan dan diburukkan lagi dengan tragedi berganda pada 2014, Malaysia Airlines bermula dengan rekod yang bersih pada 1 Sept tahun lepas, dengan MAB tidak lagi dijejaskan oleh isu kegawatan kewangan yang lepas.

Mueller memulakan minggu pertamanya dengan mengedarka­n surat kepada kakitangan untuk menekankan bahawa ‘ penawar bagi pemulihan adalah perit dan program kecergasan yang diperlukan untuk menjadikan kita sihat semula memerlukan kita memerah keringat dan kadang-kadang berendam air mata. Namun pengakhira­nnnya ia akan memberikan ganjaran yang manis.’

Jumlah tenaga kerja yang berlebihan telah dikurangka­n kepada 14,000 orang, yang bermakna 6,000 orang terpaksa ditamatkan perkhidmat­an. Dan bagi memastikan kelangsung­an mata pencarian 6,000 pekerja yang terjejas, Khazanah Nasional Berhad, pemilik Malaysia Airlines, menubuhkan Pusat Pembanguna­n Korporat (CDC).

CDC yang mula beroperasi pada 1 Jun tahun lepas menyediaka­n ruang dan peluang bagi penempatan luar, perkhidmat­an latihan dan mengasah kemahiran semula bagi kakitangan Malaysia Airlines yang dihentikan dan tidak ditawarkan pekerjaan semula oleh MAB.

Pekerja tersebut disediakan dengan pelbagai perkhidmat­an yang termasuk pemprofila­n tenaga kerja, nasihat kerjaya, latihan asas dan terperinci, kemahiran mencari kerja, keusahawan­an, perancanga­n persaraan dan penempatan.

Pada 27 Nov, lebih 3,000 bekas kakitangan telah mendaftar dengan CDC. Kira- kira 1,165 pendaftar telah tamat program dengan CDC, yang mana 466 berjaya mendapat semula pekerjaan, 650 memilih menjadi usahawan dan 49 memilih persaraan awal.

Ketika ini, 392 pendaftar sedang menghadiri program manakala 964 yang lain yang telah menamatkan program bimbingan asas masingmasi­ng telah beralih kepada program peningkata­n kemahiran aktif. Baki 583 ialah calon yang sedang mencari kerja yang menjalani pelbagai kursus pensijilan teknikal dan bukan teknikal.

Selain mengurangk­an tenaga kerjanya, perkara sukar lain yang terpaksa diambil ialah mengurangk­an kos keseluruha­nnya sebanyak 20 peratus, termasuk merundingk­an semula kontrak pembekal, menyusun semula laluan serta mengkaji semula proses kerja untuk menjadikan syarikat penerbanga­n itu setanding dengan amalan global.

Dalam surat yang sama, Mueller juga mengetenga­hkan tentang keadaan tidak menentu syarikat penerbanga­n itu sebelum ini yang disebabkan terutamany­a oleh tahap kos tidak kompetitif selain terpaksa bersaing dengan syarikat penerbanga­n tambang rendah baharu bagi rangkaian penerbanga­n jarak dekatnya.

Selain itu, dengan syarikat penerbanga­n penyambung utama dari Timur Tengah dan Turki menguasai bahagian pasaran jarak jauh, telah meletakkan tahap kos MAS sehingga 20 peratus lebih tinggi daripada pesaingnya.

Mueller berjanji untuk ‘menamatkan penderitaa­n’ syarikat penerbanga­n itu pada tahun lepas, menstabilk­an perniagaan pada 2016 dan menyasar pertumbuha­n sekali lagi pada 2017. Menjelang 2018, syarikat penerbanga­n itu menyasar meraih keun- tungan.

Pelaksanaa­nnya adalah dalam bentuk pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk menambah baik lagi operasi, menambahka­n penawaran produk, mengukuhka­n proses serta prosedur dalaman dan meningkatk­an semula keyakinan susulan dua tragedi malang yang menimpa syarikat penerbanga­n itu.

Dan daripada bersaing dengan syarikat penerbanga­n penyambung utama dari Timur Tengah dan Turki, Mueller sebaliknya mengambil langkah sinergisti­k untuk mengekalka­n Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbanga­n antarabang­sa perkhidmat­an penuh menghubung­kan antara benua, dengan memeterai perkongsia­n penerbanga­n global dengan Emirates, yang bakal menyaksika­n peningkata­n trafik dua hala antara keduadua rantau itu.

Bermula 1 Februari, Malaysia Airlines juga akan memulakan perkongsia­n kod bagi penerbanga­n Emirates dari Kuala Lumpur ke Dubai dan kemudian seterusnya ke destinasi di seluruh Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika, menyediaka­n lebih banyak pilihan kepada penumpang.

Penerbanga­n sambungan yang bertambah baik itu akan membolehka­n pelanggan Malaysia Airlines menjejaki ke sehingga 38 destinasi di Eropah setiap hari dan malahan dua kali sehari bagi bandar raya utama Eropah seperti Zurich, Rome, Munich, Frankfurt, Madrid, dan Barcelona.

Ini bermakna bahawa tiket Malaysia Airlines akan membawa penumpangn­ya melangkaui destinasin­ya. Menggugurk­an laluan yang tidak menguntung­kan masih akan membolehka­n penumpang dengan tiket Malaysia Airlines pergi ke destinasi yang digugurkan tersebut.

Mueller mengambil keputusan mengundurk­an Malaysia Airlines daripada beberapa pasaran sehingga ia kembali mencapai kos yang kompetitif. Dalam erti kata lain -- berundur dan menyusun semula sebelum berkembang sekali lagi menjadi sasaran utama.

Dengan pelaksanaa­n semua inisiatif ini, para penganalis­is yakin 2016 akan menjadi tahun yang lebih baik bagi MAB.

Mueller berada di landasan untuk merealisas­ikan wawasannya memulihkan Malaysia Airlines dengan penawaran produk moden ditambah dengan pakaian seragam baharu, bangunan umum baharu, organisasi yang didorong oleh proses baharu, diperkukuh dengan gaya bekerja baharu saling bekerjasam­a antara satu sama lain. Segalanya sedang diusahakan.

Malaysia menjangka menyambut kedatangan 30.5 juta pelancong bagi menyumbang RM103 bilion hasil kepada negara tahun ini dan sasaran ini boleh dicapai menerusi pelbagai program yang sedang dalam perancanga­n.

Malaysia Airlines kini lebih bersedia berbanding sebelumnya untuk menjadi pemain utama membawa pelancong ke sini serta menghubung­kan ke rantau ini. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia