Utusan Borneo (Sarawak)

Kejatuhan harga minyak dunia tidak jejas projek RAPID

-

KOTA TINGGI: Kejatuhan harga minyak dunia pada masa kini hanya memberi kesan kecil kepada Projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak & Petrokimia ( RAPID) Pengerang di sini.

Malah, difahamkan projek itu berjalan lancar mengikut jadual dan sehingga kini, mencatat kemajuan sebanyak 17 peratus, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“RAPID menjurus kepada aktiviti menapis minyak bukan memproses (minyak) jadi tempias daripada penurunan itu kurang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Stesen Minyak Komersil Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di tapak RAPID di sini, semalam.

Stesen minyak itu diusahakan oleh Koperasi Pengerang Jaya Johor Berhad (KOPEJA) dan telah mula beroperasi 1 Oktober tahun lepas.

Menurut Mohamed Khaled, dua pemain utama RAP- ID iaitu PETRONAS Dan Kumpulan Dialog- Royal Vopak-State Secretary Incorpated, setakat ini juga masih menyatakan komitmen untuk meneruskan projek tersebut manakala pelabur lain dilihat mungkin memperlaha­nkan sedikit aktiviti.

Pembanguna­n RAPID yang merupakan sebahagian daripada komponen Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), dianggarka­n bernilai AS$16 bilion manakala kemudahan sokonganny­a melibatkan pelaburan kira-kira AS$11 bilion.

Terdahulu, beliau menyaranka­n gerakan koperasi agar lebih menitikber­atkan muafakat dalam merebut peluang perniagaan bagi memastikan semua anggotanya mendapat manfaat.

Katanya, kerajaan negeri meletakkan koperasi sebagai formula untuk ekonomi Johor terus berdaya tahan dan bersaing sekali gus membantu masyarakat menangani kos sara hidup yang tinggi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Mohamed Khaled mengisi minyak diesel ke dalam kenderaan 4x4 sebagai gimik perasmian Stesen Minyak Komersil Petronas di Kompleks Bersepadu Pengerang semalam. Turut kelihatan Pengerusi Koperasi Pengerang Jaya Johor Berhad (KOPEJA) Zabree Hashim...
— Gambar Bernama RASMI: Mohamed Khaled mengisi minyak diesel ke dalam kenderaan 4x4 sebagai gimik perasmian Stesen Minyak Komersil Petronas di Kompleks Bersepadu Pengerang semalam. Turut kelihatan Pengerusi Koperasi Pengerang Jaya Johor Berhad (KOPEJA) Zabree Hashim...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia