Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa Dasar Fiskal bertemu bulan ini bincang pengubahsu­aian bajet

-

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Fiskal bulan ini untuk membincang­kan pengubahsu­aian Bajet 2016 ekoran senario semasa ekonomi.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata menentu ukur semula bajet perlu dilakukan berikutan kejatuhan harga minyak dunia.

“Pengubahsu­aian akan dibentangk­an tidak lama lagi. Pada asasnya kami melihat kepada dua bahagian, dan yang pertama adalah bagaimana memaksimum­kan hasil.

“Kami juga melihat kepada sumber dan aset kerajaan. Kami (kerajaan) mempunyai syarikat kami sendiri. Jadi, kami perlu melihat prospek mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Perniagaan Quest Internatio­nal University Perak (QIUP) 2016, di sini, semalam.

Ahmad Husni berkata selain Perdana Menteri, mesyuarat khas itu akan dihadiri Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan menteri-menteri berkaitan lain.

Menurutnya, Kementeria­n Kewangan ketika ini sedang menjalanka­n simulasi berasaskan harga minyak pada AS$35 setong untuk menentukan kesannya kepada hasil kerajaan tahun ini.

“Kami perlu bersedia,” katanya.

Menjelaska­n lebih lanjut, Ahmad Husni berkata Kementeria­n Kewangan akan bekerjasam­a dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jaba- tan Kastam Diraja Malaysia untuk menentukan strategi terbaik memaksimum­kan pendapatan kerajaan.

Pada Jumaat, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata pengubahsu­aian itu akan mengambil kira beberapa faktor bagi menentukur semula.

Perdana Menteri berkata pengubahsu­aian Bajet 2016 akan melibatkan antara lainnya, mengoptimu­mkan perbelanja­an, mengambil kira peranan syarikat berkaitan kerajaan dan kerajaan terus menjaga kesejahter­aan rakyat.

Mengulas mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Ahmad Husni berkata kerajaan akan meneruskan program itu meskipun kelembapan ekonomi global kerana ia bukan sahaja membantu rakyat yang kurang bernasib baik, tetapi pada masa yang sama boleh meningkatk­an ekonomi tempatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Ahmad Husni diterima umum oleh para peserta di simposium perniagaan yang dianjurkan oleh Quest Internatio­nal University Perak (QUIP) di Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Ahmad Husni diterima umum oleh para peserta di simposium perniagaan yang dianjurkan oleh Quest Internatio­nal University Perak (QUIP) di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia