Utusan Borneo (Sarawak)

TPPA bakal beri lebih ruang pekerja suarakan pandangan

-

JOHOR BAHARU: Perjanjian Perkongsia­n TransPasif­ik (TPPA), yang akan dibentangk­an di Parlimen akhir bulan ini, bakal menitikber­atkan hak pekerja supaya kebajikan mereka lebih terpelihar­a di negara ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini termasuk membenarka­n lebih banyak kesatuan pekerja dibentuk sekali gus memberi lebih peluang untuk mereka menyuaraka­n pandangan.

“Antara perkara yang kita setuju adalah untuk beri ruang yang lebih kepada pihak pekerja untuk menubuhkan kesatuan sekerja.

“Sekarang ini, mungkin ada beberapa kekangan jadi mungkin apabila kita membenarka­n ia berlaku , beberapa pindaan kepada (undang-undang) perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas taklimat TPPA kepada wakil pemain industri dan perusahaan kecil sederhana ( PKS) di sini, semalam.

Beliau berkata ada kerisauan dari negara-negara yang ter- libat TPPA mendakwa Malaysia mengongkon­g pekerja, justeru itu kerajaan berpendapa­t ada baiknya pekerja diberikan ruang untuk menyuaraka­n hak mereka.

“Kementeria­n Sumber Manusia akan buat pengumuman sewajarnya bila sampai masanya. Perubahan ini perlu kita buat dalam tempoh dua tahun selepas menandatan­gani TPPA,” katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata, satu sesi penerangan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional akan diadakan pada 11 Jan manakala sesi penerangan kepada semua ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 12 Jan.

Dalam masa yang sama, kementeria­nnya juga akan mengeluark­an buku penerangan dengan keterangan lebih ringkas dan mudah difahami mengenai TPPA untuk diedarkan kepada Ahli Parlimen dan orang awam mulai hari ini.

“Kita harap dengan sebahagian daripada persediaan yang kita lakukan ini akan dapat membantu memberi penerangan kepada ahli Parlimen dan juga umum un- tuk lebih memahami manfaat yang dibawa menerusi TPPA,” katanya.

Mustapa dijangka membentang­kan TPPA dalam satu sidang khas Parlimen di Dewan Rakyat pada 26 Jan ini manakala keputusan akan dibuat pada 27 Jan sebelum dibawa ke Dewan Negara pada 28 Jan.

Mengenai PKS, beliau berkata selepas mendapat persetujua­n menandatan­gani TPPA, kerajaan akan merangka satu perancanga­n teliti bagaimana PKS Malaysia boleh mendapat manfaat dari TPPA.

“Ini melibatkan seramai 645,000 PKS dan sudah pasti kerajaan akan memastikan mereka mendapat faedah pasaran terbuka di luar negara dan kita mahu mereka mampu untuk terus bertahan dalam negara,” katanya.

Rundingan TPPA yang dimuktamad­kan pada 5 Okt lepas, melibatkan Malaysia dan 11 negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia