Utusan Borneo (Sarawak)

PERDA rancang wujud koperasi lahir lebih ramai usahawan muda

-

TASEK GELUGOR: Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) merancang untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda di negeri ini yang bergerak secara berkumpula­n melalui penubuhan koperasi mengikut bidang perniagaan yang diusahakan mereka.

Pengerusi PERDA, Datuk Shahbudin Yahya berkata penubuhan koperasi seumpama ini adalah langkah tepat kerana ia akan menjadikan­nya lebih tersusun, bertahan lama dan memudahkan pelbagai bentuk bantuan disalurkan.

“Pihak PERDA menjalanka­n pelbagai usaha untuk melahirkan lebih ramai usawahan muda dan pada tahun lepas kami telah melancarka­n sebuah koperasi yang ahlinya terdiri daripada sekumpulan usahawan dalam bidang penyiaran awam.

“Alhamdulil­ah ia berjaya dan mereka kebanyakka­nnya terdiri daripada deejay (juruhebah) di rumah kenduri kini mampu bergerak lebih jauh sehingga memperoleh pendapatan lebih RM4,000 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan kepada pesakit kronik di Pokok Sena, di sini, semalam.

Menurutnya, ekoran daripada kejayaan itu PERDA merancang untuk menubuhkan sekurang-kurangnya empat koperasi membabitka­n pelbagai usahawan pada tahun ini.

Sementara itu, mengenai pengubahsu­aian Bajet 2016, Shahbudin yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor meminta rakyat memberikan kepercayaa­n kepada kerajaan yang sedang berusaha mencari penyelesai­an terbaik ketika berdepan dengan cabaran ketika ini terutamany­a kejatuhan harga minyak dunia.

Menurutnya, beliau percaya pengubahsu­aian Bajet 2016 yang akan dibuat adalah langkah terbaik demi kepentinga­n rakyat dan juga negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia