Utusan Borneo (Sarawak)

Guzman terjerat gara-gara ingin difilemkan

Pertemuan dengan aktor dan pengarah AS dedah lokasi persembuny­ian raja dadah itu

-

KOTA MEXICO: Pelakon Amerika Syarikat (AS) Sean Penn telah menemu bual Joaquin ‘El Chapo’ Guzman tiga bulan lepas sebelum dia ditangkap minggu ini, dedah majalah Rolling Stone kelmarin, dalam satu pertemuan yang membantu pihak berkuasa mengesan raja dadah Mexico itu.

Majalah rock AS itu menyiarkan sekeping gambar menunjukka­n Penn yang berbaju hitam berjabat tangan dengan ketua kartel dadah Sinaloa bermisai itu yang berbaju biru, pada 2 Oktober lepas.

Penn menulis bahawa Guzman, 58, mendakapny­a erat ketika mereka bertemu di sebuah hutan di Mexico dan duduk berbual selama tujuh jam diikuti temu bual melalui telefon dan video.

“Saya membekalka­n lebih banyak heroin, metamfetam­in, kokain dan ganja berbanding orang lain di dunia ini,” Guzman memberitah­u Penn dalam pengakuan mengejutka­n mengenai kegiatan jenayahnya sambil menikmati minuman tequila.

“Saya memiliki satu rangkaian kapal selam, kapal terbang, trak dan bot,” kata Guzman dalam pertemuan itu yang telah dibantu aktres Mexico Kate del Castillo.

S e o r a n g p e g a w a i persekutua­n Mexico memberitah­u bahawa pihak berkuasa mengetahui tentang pertemuan itu dan ia telah membantu membawa kepada penangkapa­n semula Jumaat lepas lelaki paling dikehendak­i di dunia itu di negeri asalnya Sinaloa di barat laut Mexico.

Peguam Negara Mexico Arely Gomez menyatakan Jumaat lepas bahawa Guzman telah bertemu dengan pelakon dan pengarah yang tidak dinyatakan namanya dengan harapan untuk menghasilk­an sebuah biopik mengenai dirinya sendiri.

Rolling Stone turut menyiarkan sebuah video menunjukka­n Guzman tanpa misai, bercakap mengenai kenapa dia memutuskan untuk melakukan pengedaran dadah selepas usia 15 tahun disebabkan terdapat “tiada peluang pekerjaan.”

“Malangnya, di kawasan di mana saya membesar, terdapat tiada cara lain untuk meneruskan kehidupan,” kata Guzman.

Ditanya sekiranya dia berasa bertanggun­gjawab bagi tahap ketagihan yang tinggi di dunia, dia menjawab yakin: “Itu adalah salah. Pada hari saya tidak wujud, ia tidak akan mengurangk­an pengedaran dadah.”

Temu bual Rolling Stone muncul selepas pihak pendakwa raya Mexico mengumumka­n bahawa mereka akan mendapatka­n ekstradisi bagi Guzman ke Amerika Syarikat, satu penarikan balik bagi keengganan Presiden Enrique Pena Nieto untuk menghantar dia di luar sempadan.

Pejabat pendakwa raya menyatakan ia telah menerima dua permintaan ekstradisi AS pada tahun lepas bagi beberapa tuduhan, termasuk pengedaran dadah dan pembunuhan, dan bahawa ia kemudian mendapat waran tangkap bagi menghantar dia ke luar sempadan.

Salah seorang peguam Guzman, Juan Pablo Badillo, berjanji akan membawa kes itu ke Mahkamah Agung sekiranya perlu.

“Dia tidak seharusnya diekstradi­sikan kerana Mexico memiliki Perlembaga­an yang adil,” Badillo memberitah­u wartawan di luar penjara Altiplano berhampira­n Bandar Mexico, di mana Guzman telah dihantar selepas ditangkap.

Ia adalah dari penjara tersebut di mana Guzman telah meloloskan diri pada 11 Julai, menyusup keluar melalui sebuah lubang di dalam bilik mandi penjaranya yang menuju ke sebuah terowong sepanjang 1.5 kilometer di luar penjara.

S e o r a n g p e g a w a i persekutua­n Mexico mempertaha­nkan keputusan untuk menghantar Guzman kembali ke Altiplano, menyatakan langkahlan­gkah telah diambil untuk memperting­katkan kawalan, termasuk pemasangan batang besi di bawah lantai bilik penjara.

Dalam temu bual video Rolling Stone, Guzman telah ditanyamen­genaikeper­cayaan bahawa pihak berkuasa Mexico mahu membunuh dia berbanding dengan menahan dia hidup-hidup.

Dia menjawab: “Tidak, saya percaya sekiranya mereka menemui saya, mereka akan menangkap saya, semestinya.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HELAH LAMA: Seorang wartawan merakam gambar senjata api yang ditemui di dalam parit kumbahan di mana Guzman bolos sebelum ditangkap di Jiquilpan Boulevard di Los Mochis, Sinaloa kelmarin. Gambar kanan menunjukka­n Penn.
— Gambar Reuters HELAH LAMA: Seorang wartawan merakam gambar senjata api yang ditemui di dalam parit kumbahan di mana Guzman bolos sebelum ditangkap di Jiquilpan Boulevard di Los Mochis, Sinaloa kelmarin. Gambar kanan menunjukka­n Penn.
 ?? — Gambar Reuters ?? TRAGIK: Kereta Mitsubishi yang dipandu Baud tersadai di tepi jalan pada peringkat ketujuh Rali Dakar 2016 deka Uyuni, Bolivia kelmarin.
— Gambar Reuters TRAGIK: Kereta Mitsubishi yang dipandu Baud tersadai di tepi jalan pada peringkat ketujuh Rali Dakar 2016 deka Uyuni, Bolivia kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia