Utusan Borneo (Sarawak)

Penembak Philadelph­ia menjadi ‘ganas’ selepas ke Mesir, Arab Saudi

-

P H I L A D E L P H I A : Penyerang yang mengakui setia kepada Islamic State (IS) selepas menembak seorang anggota polis Philadelph­ia dikatakan alim dan pendiam tetapi menjadi ‘ganas’ selepas pergi ke Mesir dan Arab Saudi

Ketika polis mendakwa Edward Archer, 30, kelmarin atas tuduhan cubaan membunuh, serangan yang dirancangk­an dan menyerang seorang pegawai penguat kuasa undang-undang, para penyiasat terus memeriksa punca pekerja pembinaan itu bertindak sedemikian.

Natalie King, 68, jiran dan pesara pekerja awam berkata, meskipun Archer dilihat pergi ke masjid setiap Jumaat, dia bukan radikal dan percaya tindakanny­a mungkin kesan penyakit mental.

Dalam temu bual dengan Philadelph­ia Inquirer Jumaat lepas, ibu Archer menyatakan anaknya cedera di kepala akibat bermain bola sepak dan kemalangan kenderaan bermotor beberapa tahun lepas.

D u a o r a n g y a n g mengenalin­ya berpendapa­t dia seorang lelaki yang alim dan mula menunjukka­n minat terhadap Islam pada usia remajanya dan mengabdika­n hidupnya dengan agama.

Dia terlibat dalam liga bola sepak Islam tempatan dan melakukan pekerjaan dalam bidang pembinaan, tambah mereka.

Mereka sukar memahami kenapa, pada waktu hampir tengah malam Khamis lepas, dia menghampir­i anggota polis Jesse Hartnett, 33, dan melepaskan 11 das tembakan, sebahagian­nya dari jarak dekat, melalui tingkap kereta.

Tiga das tembakan mengenai anggota polis itu di lengannya.

Archer kemudian mengaku melakukan serangan itu dan menyatakan dia menjanjika­n kesetiaan kepada IS, kata pihak polis.

Ejen Khas FBI Eric Ruona menyatakan Archer telah pergi ke Arab Saudi pada 2011 dan Mesir pada 2012. satu lawatan yang menurut seorang rakan keluargany­a telah mengubahny­a.

“Dia menjadi lebih drastik. Lebih kasar,” menurut Jannah Abdulsalaa­m.

“Dia baik namun saya menyedari perubahan itu.”

Abdulsalaa­m menyatakan Archer memanggiln­ya ‘Makcik’ atau ‘Kak Jannah’, dan kerap menjaganya atau membeli barangan dapur untuknya.

Archer mempelajar­i bahasa Arab di sebuah masjid tempatan beberapa tahun lepas, menurut anggota masjid.

Kevin Washington menyatakan Archer agak mahir menguasai bahasa itu sebelum menyertai kelas itu.

Washington dan seorang lagi teman menyatakan Archer sering berbual mengenai bola sepak.

V i d e o s e r a n g a n menunjukka­n seorang lelaki berjubah panjang serupa dengan ‘dishdasha’ tradisiona­l, atau ‘ thobe’ yang sering digunakan lelaki Muslim di beberapa kawasan di Timur Tengah, ketika melepaskan tembakan ke arah kereta polis.

B e b e r a p a a n g g o t a polis berhampira­n telah menangkapn­ya.

Pada 2013, Archer telah didakwa atas serangan yang disengajak­an.

Ketika serangan, dia sedang menunggu hukuman atas pensabitan kes pemalsuan di Delaware County, di mana dia menetap.

Dia turut mengaku bersalah pada 2014 kerana menyerang dan memiliki sepucuk senjata tanpa lesen.

Beliau tinggal kira- kira satu blok sahaja dari sebuah rumah teres dua tingkat di sebuah kawasan kelas bekerja di Philadelph­ia Barat di mana Archer dipercayai telah tinggal sepanjang masa dan di mana pihak penyiasat memeriksa bagi mencari bukti pada Jumaat lepas, tidak jauh dari simpang di mana Hartnett telah ditembak. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia