Utusan Borneo (Sarawak)

Dua warga Itali ditimbus salji

-

GENEVA: Dua orang Itali terbunuh kelmarin selepas mereka dan seorang peluncur rentas desa ditimbus satu runtuhan salji di Alps Swiss, menurut pihak polis.

Pihak polis di selatan wilayah Valais di Swiss menyatakan runtuhan salji seluas 300 meter telah menimpa tiga orang peluncur di kawasan pergununga­n Maederluec­ke pada satu ketinggian 2,500 meter pada sekitar jam 11.30 pagi waktu tempatan.

Perkhidmat­an menyelamat, termasuk tiga pasukan anjing dan dua buah helikopter, telah bergegas ke tempat kejadian, namun pada masa mereka sampai ke sana, sebuah kumpulan peluncur lain telah berjaya mengesan dan menggali keluar mangsa tersebut.

“Dua orang meninggal dunia akibat kecederaan mereka.

“Mereka adalah dua orang rakyat Itali, berusia 20 dan 24 tahun,” menurut pihak polis dalam satu kenyataan, sambil menambah ia telah membuka satu siasatan mengenai kemalangan itu.

Kerakyatan peluncur ketiga yang terselamat tidak diketahui.

Pihak polis di Valais, pusat peranginan luncur terkenal termasuk Zermatt dan CransMonta­na, telah memberikan amaran Jumaat lepas bahawa terdapat risiko tinggi bagi runtuhan salji di sekitar kawasan pada hujung minggu ini selepas penurunan salji tebal selama beberapa hari.

Di sekitar hampir semua wilayah, paras bahaya berada di tempat ketiga pada satu skala untuk lima peringkat bagi peluncur merentas desa dan luar pergununga­n, tegas mereka.

Di beberapa bahagian di wilayah itu, paras bahaya dianggarka­n pada paras keempat dari lima, menunjukka­n bahawa seorang peluncur bersendiri­an boleh dengan mudah menyebabka­n runtuhan salji pada satu jarak.

Semasa musim meluncur pada 2014-15, 12 orang telah terkorban akibat runtuhan salji di Valais. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia