Utusan Borneo (Sarawak)

Hutan Australia Barat terbakar

Dua kematian dan ratusan rumah musnah akibat api percikan kilat

-

PERTH: Dua orang maut dan lebih seratus rumah musnah dalam satu kebakaran hutan besar, menurut pihak berkuasa Australia semalam, ketika anggota bomba berusaha mengawal kebakaran yang tidak terkawal.

Kebakaran yang telah memusnahka­n kira- kira 71,000 hektar di negara Australia Barat, adalah yang terbaharu dalam siri kebakaran hutan yang menamatkan musim panas, dengan kematian terbaharu menambahka­n angka kematian negara kepada lapan orang.

Dua mayat telah ditemui di dalam rumah yang hangus terbakar di Yarloop, pekan kilang bersejarah kira-kira 110 kilometer di selatan Perth yang musnah akibat kebakaran hutan, salah satu kejadian buruk yang melanda wilayah itu sejak beberapa tahun ini.

Mayat-mayat itu dipercayai milik dua lelaki berusia 73 dan 77 tahun yang dilaporkan hilang, menurut Polis Australia Barat.

Kebakaran hutan yang memasuki hari kelimanya selepas dilaporkan bermula dengan satu pancaran kilat, memusnahka­n 143 bangunan termasuk 128 buah rumah di Yarloop, menurut Jabatan Perkhidmat­an Bomba dan Kecemasan (DFES).

Kebakaran tersebut meliputi kawasan seluas kira-kira 226 kilometer dan masih belum dikawal, namun 250 anggota bomba yang menanganin­ya berharap dapat mengambil kesempatan daripada cuaca yang lebih dingin semalam.

“Semalam dan pada hari ini, keadaan yang lebih memihak telah muncul dan ia lebih dingin di sini hari ini.

“Ini membolehka­n anggota bomba untuk mengawal lebih banyak kawasan yang terbakar dan menambahka­n kawasan terkawal,” kata jurucakap DFES.

DFES menyatakan beberapa pekan di wilayah tersebut masih terancam.

Perdana Menteri Australia Barat Colin Barnett menyatakan kejadian itu telah diumumkan sebagai bencana alam, satu langkah yang membolehka­n penduduk mendapat bantuan kewangan lebih besar, sambil menambah bahawa jumlah kerugian akan menjadi sangat ketara.”

Penduduk Yarloop menceritak­an tentang kebakaran hutan yang melanda pekan mereka dalam masa hanya tujuh minit, ketika rakaman udara menunjukka­n kawasan tanah yang hangus, bangkai kenderaan hangus dan rumah yang musnah teruk. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MARAK MEMBARA: Gambar serahan DFES yang dirakam Khamis lalu menunjukka­n kebakaran hutan dekat Waroona, 110 kilometer selatan Perth.
— Gambar AFP MARAK MEMBARA: Gambar serahan DFES yang dirakam Khamis lalu menunjukka­n kebakaran hutan dekat Waroona, 110 kilometer selatan Perth.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia