Utusan Borneo (Sarawak)

Susulan kes di Cologne, Merkel mulai bernada tegas

-

COLOGNE: Canselor Jerman Angela Merkel kelmarin menyokong undangunda­ng yang lebih tegas untuk menghalau pelarian yang disabitkan, ketika pertempura­n meletus dalam bantahan haluan kanan di Cologne mengenai beberapa kejadian serangan seksual dipersalah­kan terhadap pemohon suaka.

Pihak polis Cologne menyatakan mereka sekarang telah merekodkan 379 buah kes mengenai keganasan ketika Ambang Tahun Baharu, meliputi kejadian meraba hingga mencuri serta dua kejadian rogol yang dilaporkan, dengan kumpulan pemohon suaka dan pendatang haram merangkumi majoriti daripada suspek.

Dengan kemarahan yang semakin berkembang akibat kesan serangan itu, para penyokong untuk pergerakan xenofobia PEGIDA berarak dalam bantahan yang kemudian bertukar menjadi ganas di bandar barat.

Pihak polis menggunaka­n gas pemedih mata dan meriam air bagi meleraikan rapat umum oleh penyokong haluan kanan selepas beberapa orang penunjuk perasaan melontar mercun dan botol ke arah anggota polis yang menurut mereka sebagai gagal untuk menghalang serangan tahun Baharu terhadap wanita.

Menjanjika­n tindakan yang lebih tegas, Merkel mengumumka­n bahawa mana- mana pelarian yang dijatuhkan hukuman penjara, malah sekiranya ia adalah satu hukuman yang ditangguhk­an, akan dihalau keluar dari negara.

“Sekiranya undang-undang tidak membenarka­n, maka undang- undang harus ditukar,” kata beliau lagi, menjanjika­n tindakan bagi melindungi bukan sahaja rakyat Jerman, namun pelarian yang tidak bersalah juga.

Beberapa orang saksi menyatakan keadaan yang menakutkan di mana beratus-ratus orang wanita meninggalk­an satu kumpulan dengan tangan yang meraba, kata-kata cacian lucah, dan rompakan dalam keganasan beramai-ramai.

Daripada kes yang dilaporkan setakat ini, 40 peratus berkaitan dengan keganasan seksual, menurut pihak polis Cologne dalam satu kenyataan.

“Mereka yang dalam tumpuan bagi siasatan jenayah polis adalah kebanyakan rakyat dari negara Afrika Utara. Majoriti daripada mereka adalah pemohon suaka dan orang yang berada di Jerman secara haram,” tambah pihak polis, mengesahka­n keterangan saksi.

Di Cologne, beratus-ratus orang penyokong PEGIDA melambaika­n bendera Jerman dan papan tanda berbunyi ‘Rapefugees not welcome’, sambil mereka melaungkan ‘ Merkel raus’ ( Merkel keluar).

Bunyi sebuah helikopter yang terbang di udara dan bunyi letupan mercun yang sering kali kedengaran m e n a m b a h k a n l a g i ketegangan ketika penunjuk perasaan, dipisahkan dari kumpulan PEGIDA oleh pihak polis, melaungkan ‘Nazis raus’.

Jumaat lepas, kementeria­n dalam negeri menyatakan pihak polis persekutua­n Jerman telah mengenal pasti 32 suspek, 22 daripadany­a pemohon suaka, berhubung 76 kesalahan, 12 daripadany­a berunsur seksual. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DEGIL: Polis menggunaka­n meriam air untuk menyuraika­n protes para penyokong PEGIDA di Cologne, kelmarin.
— Gambar Reuters DEGIL: Polis menggunaka­n meriam air untuk menyuraika­n protes para penyokong PEGIDA di Cologne, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia