Utusan Borneo (Sarawak)

Dua minggu dirogol, remaja ditembak dan dibuang

-

NEW DELHI: Seorang remaja India yang dikurung selama dua minggu oleh sekumpulan lelaki mendedahka­n dalam temu bual disiarkan semalam bahawa dia dirogol berkalikal­i sebelum ditembak dua kali dan dibuang ke dalam telaga di pinggir New Delhi.

Mangsa yang dilaporkan berusia 14 tahun, didakwa diculik pada 22 November lalu ketika berjalan ke pasar di barat Delhi.

Menceritak­an tragedi yang menimpa dirinya kepada rangkain berita NDTV, remaja itu berkata dia dikurung dalam sebuah bilik yang gelap di mana tiga penyerang bergilir-gilir merogolnya sepanjang tempoh dua minggu tersebut.

“Setelah dua minggu didera, satu malam mereka berkata akan melepaskan saya.

“Mereka memasukkan saya ke dalam kereta dan memandu ke sebuah kedai untuk membeli arak sebelum memarkir kereta dekat sebuah telaga,” kata gadis terbabit dalam temu bual berkenaan.

“Mereka memberitah­u saya mereka akan membenarka­n saya pergi tetapi apabila saya mengambil beberapa langkah ke belakang, mereka melepaskan dua das tembakan.

“Peluru pertama mengenai tulang saya. Saya tidak berasa apa-apa, tubuh saya terus kebas,” katanya lanjut.

“Tetapi selepas tembakan kedua, saya pengsan.”

Mangsa tersedar dalam keadaan menggeleta­r dan kebasahan di dalam telaga di mana dia dibiarkan mati.

“Apabila saya sedarkan diri, saya dapat melihat sebutir peluru di dalam dada saya jadi saya terus menariknya keluar,” katanya lantas menunjukka­n kecederaan pada dadanya.

Penduduk kampung mengeluark­annya pada 6 Disember setelah mendengar j e r i t a n n y a , s e b e l u m dikejarkan ke hospital.

Beberapa lelaki ditahan berhubung serangan itu, menurut media tempatan.

“Saya mahu perogolper­ogol itu digantung.

“Tiada sesiapa harus mengalami nasib seperti saya,” katanya lanjut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia