Utusan Borneo (Sarawak)

ALAT MAGNET NYAMUK AKAN DIPERKENAL DI SELURUH SARAWAK

-

SIBU: Alat inovasi Magnet Nyamuk akan diperkenal di seluruh negeri ini selepas projek perintis menggunaka­n alat itu dipasang di lima lokasi sasaran di sini terbukti berjaya dan efektif dalam memerangi aedes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti Dato Sri Wong Soon Koh berkata, alat itu akan diperkenal di seluruh negeri ini khususnya di kawasan yang mempunyai risiko kes denggi yang tinggi.

“Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) telah menerima pakai projek perintis ini dan jika terbukti berjaya, ia dapat membantu mengurangk­an kes denggi di negeri ini,” katanya.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan dan Malam Penghargaa­n MPS di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MPS Datuk Andrew Wong memberitah­u bahawa projek perintis yang menggunaka­n peranti berteknolo­gi Amerika Syarikat itu telah terbukti sangat berjaya berdasarka­n analisis diterima daripada Universiti Malaya (UM).

“Sepanjang tempoh empat minggu penggunaan mesin itu, banyak nyamuk ditangkap oleh lima peranti yang dipasang. Dan, 50 peratus daripadany­a adalah aedes. Projek ini sangat berjaya,” katanya.

Andrew berkata, MPS memohon dana daripada kerajaan negeri untuk melaksana inisiatif itu di kawasan tumpuan di sini.

“Cadangan itu kini sudah disedia dan kami menyerahka­n kepada Dato Sri Wong Soon Koh dan Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil untuk memohon peruntukan untuk dilaksana di sekolah, taman dan kawasan ‘hotspot’ di sini,” jelasnya.

Tambah beliau, peruntukan kira-kira RM500,000 diperlukan untuk pelaksanaa­n tersebut.

“Analisis akan dibentang kepada Jawatankua­sa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmat­an Perbandara­n pada minggu ini sebelum dimaklumka­n kepada media,” katanya.

Andrew berkata Sibu menyumbang­kan kira-kira 70 peratus kes denggi di Sarawak dan ia adalah sesuatu yang harus ditangani dengan lebih serius.

“Berhubung perkara itu, kami juga akan melaksanak­an langkah lain dalam pendekatan serampang dua mata di bawah Pojek Pembasmian Denggi yang melibatkan kerja pembersiha­n longkang.

“Jika diluluskan, kerja pembersiha­n akan dilakukan di kawasan ‘hotspot’ yang meliputi keluasan 131,800 meter terutama di Zon 5, 7 dan 14,” jelasnya sambil menambah, pelaksanaa­n projek menelan kos kira-kira RM500,000.

 ??  ?? PERANGKAP NYAMUK: Gambar fail bertarikh 12 November 2015 menunjukka­n Pengerusi
MPS Datuk Tiong Thai King (tiga kiri) memeriksa alat peranti Magnet Nyamuk. Turut kelihatan ialah Andrew (empat kanan).
PERANGKAP NYAMUK: Gambar fail bertarikh 12 November 2015 menunjukka­n Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King (tiga kiri) memeriksa alat peranti Magnet Nyamuk. Turut kelihatan ialah Andrew (empat kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia