Utusan Borneo (Sarawak)

PERUBAHAN TOTAL DI MARUDI

SPDP tidak pertaruh calon kitar semula dalam PRN akan datang, tampilkan muka baharu.

- Oleh Sudan Ajang

BAKONG: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menegaskan pendirian tidak mempertaru­h calon kitar semula di kawasan Marudi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sebaliknya menampilka­n muka baharu yang diyakini lebih saksama.

Presidenny­a Datuk Seri Tiong King Sing berkata, beliau menerima begitu banyak suara khususnya daripada rakyat Marudi yang mahukan perubahan landskap politik dan pembanguna­n.

“Saya mendengar banyak aduan pelbagai lapisan masyarakat khususnya tuai rumah. Rakyat sudah masak dan arif mengenai wakil rakyat mereka yang ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat SPDP Marudi di rumah panjang Blok C, Sungai Entulang, Bakong, kelmarin.

Jelasnya, jika sudah sampai

Saya mendengar banyak aduan pelbagai lapisan masyarakat khususnya tuai rumah. Rakyat sudah masak dan arif mengenai wakil rakyat mereka yang ada

” sekarang. Datuk Seri Tiong King Sing Presiden SPDP

masa perlu berundur kerana usia tua, tidak usah menunggu rakyat menyingkir kita.

Tiong seterusnya mengingatk­an ahli parti agar terus turun padang untuk melihat dan merasai kesusahan rakyat khususnya di pedalaman.

“Wakil SPDP mesti turun padang dan lihat kesusahan rakyat sendiri dari awal lagi, bukannya pada saat-saat terakhir menjelang pilihan raya.

“Contohnya, sebagai wakil rakyat jangan tunggu sampai penggal keempat baharu menjenguk rakyat.

“Kita harus mula dari awal, jangan memberi masalah kepada rakyat atau memecahbel­ahkan perpaduan rakyat, ini bukan perjuangan SPDP,” katanya.

Tiong menambah, beliau tidak mahu rakyat di Marudi dibebankan dengan masalah yang ada sekarang untuk lima tahun lagi.

Mengenai permohonan projek pembanguna­n beberapa rumah panjang di kawasan Marudi, Tiong memberi jaminan akan mengemukak­an perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tambahan peruntukan.

Tiong turut mengumumka­n, memohon peruntukan tambahan sebanyak RM150,000 daripada kerajaan persekutua­n untuk projek pembanguna­n rumah panjang di Blok C, Sungai Entulang.

Sementara itu, kira- kira 3,000 penduduk Bakong, Marudi, Tinjar, Teru Peking dan Sungai Arang hadir pada majlis berkenaan.

Pada majlis sama, Ketua Pemuda SPDP Robert Ayu turut menyampaik­an 208 pendaftara­n ahli baharu SPDP kepada Setiausaha Agung SPDP merangkap Ahli Par- limen Mas Gading Anthony Nogeh Gumbek.

Hadir sama Ketua Wanita SPDP Datuk Chew Yen Chiew, Pengerusi SPDP Telang Usan Wan Lah, calon SPDP Marudi Datu Dr Penguang Manggil dan wakil daripada PBB, SUPP serta PRS.

 ?? BERITA DI MUKA ??
BERITA DI MUKA
 ??  ?? SERTAI SPDP: Robert Ayu (kanan) menyerahka­n borang pendaftara­n keahlian baharu SPDP kepada Nogeh, kelihatan sama Dr Penguang.
SERTAI SPDP: Robert Ayu (kanan) menyerahka­n borang pendaftara­n keahlian baharu SPDP kepada Nogeh, kelihatan sama Dr Penguang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia