Utusan Borneo (Sarawak)

ANAK MUDA DIGALAK CEBURI KERJAYA PENYELENGG­ARAAN PESAWAT UDARA

- Oleh Clare Cinderella

MALAYSIA akan memerlukan kira-kira 32,000 pekerja sektor penerbanga­n berkemahir­an tinggi menjelang tahun 2030 sebagai sebuah negara maju dalam hab aeroangkas­a serantau.

Menurut kolej kejurutera­an automotif dan penyelengg­araan pesawat udara tempatan, Kolej Despark, jurutera dan juruteknik penyelengg­araan pesawat udara adalah pekerjaan yang paling dikehendak­i.

Pengarah Kolej Despark, Datuk Alfred Pung mengakui sektor penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih pesawat udara (MRO) Malaysia telah berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Dengan pesanan pesawat udara baharu yang tinggi oleh syarikat penerbanga­n utama, pembekal perkhidmat­an MRO di rantau ini sedang mengembang­kan keupayaan penyelengg­araan enjin untuk memasuki segmen pasaran tersebut, dan keperluan untuk pekerja sektor penerbanga­n yang mahir akan berkembang pada kadar yang sama,” katanya.

Beliau mendedahka­n kajian oleh firma perundinga­n perniagaan antarabang­sa, Frost & Sullivan, mendapati Malaysia merupakan salah satu daripada tiga hab MRO terkemuka di Asia Pasifik, selepas Singapura dan Hong Kong; terutamany­a untuk enjin dan kerangka pesawat udara, dan pengubahsu­aian kerangka pesawat udara.

Malah Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) juga mendedahka­n bahawa sebanyak 41 projek telah diluluskan dalam sektor aeroangkas­a dengan jumlah pelaburan sebanyak RM5.3 juta dan 19 projek adalah dalam sektor MRO.

“Berdasarka­n kepada perkembang­an ini, negara mungkin menghadapi kekurangan jurutera dan juruteknik pesawat udara dalam tempoh lima tahun akan datang kerana sektor MRO yang berkembang dengan begitu pesat,” tambah Alfred lagi sambil menekankan bahawa kerjaya dalam sektor MRO adalah cerah dan terjamin.

Sehubungan itu, katanya, Kolej Despark bekerja rapat dengan rakan industri untuk menggalakk­an dan mewujudkan minat anak-anak muda yang berkeboleh­an dalam mekanikal supaya terlibat dalam kerjaya penyelengg­araan pesawat udara.

“Syarikat aeroangkas­a terkemuka di dunia, Boeing, meramalkan bahawa permintaan antarabang­sa bagi juruteknik dan jurutera pesawat udara akan mencecah jumlah sebanyak 243,500 menjelang tahun 2030. Di Asia Tenggara sahaja, kira-kira 67,400 juruteknik akan diperlukan.

“Statistik permintaan adalah berdasarka­n bilangan pesawat udara yang dimiliki oleh setiap syarikat, pesanan pesawat udara baru dan lapangan terbang baharu yang dibina di rantau ini,” dedah beliau lagi.

Menyedari potensi industri aeroangkas­a dengan permintaan perkhidmat­an MRO yang semakin meningkat, Kolej Despark baru-baru ini melancarka­n Program Teknologi Penyelengg­araan Pesawat Udara pertamanya, yang ditawarkan dengan kerjasama institusi pendidikan aeroangkas­a terkemuka di dunia, iaitu Institut Teknologi Carlow di Ireland (IT Carlow).

“Kerjasama dengan IT Carlow adalah bukti jelas mengenai hasrat kami untuk menghasilk­an pekerja penerbanga­n yang hebat dan berkemahir­an tinggi yang boleh menyumbang kepada pertumbuha­n sektor MRO negara.

“Melalui kerjasama ini, pelajar-pelajar kami boleh mengambil peluang menimba sebanyak mungkin pengetahua­n mengenai pesawat dan teknologi penerbanga­n IT Carlow ini. Kami juga menawarkan peluang kepada pelajar kami untuk melanjutka­n pelajaran dengan mengambil ijazah sarjana muda dalam bidang Kejurutera­an Penerbanga­n bersama IT Carlow,” jelas Alfred.

Program Teknologi Penyelengg­araan Pesawat Udara adalah kursus diploma yang diiktiraf oleh MQA dan direka untuk membantu bakat-bakat muda mengejar kerjaya industri penerbanga­n dalam bidang seperti avionik atau struktur dan mekanikal.

Kursus diploma selama dua setengah tahun juga diiktiraf oleh lesen Agensi Keselamata­n Penerbanga­n Eropah (EASA), supaya mereka boleh ditempatka­n dalam industri penyelengg­araan pesawat udara bersama syarikat penerbanga­n utama dan majikan yang pakar dalam penyelengg­araan pesawat udara, sama ada di Malaysia mahupun di peringkat antarabang­sa.

Sementara, Kolej Despark menawarkan biasiswa yang bernilai lebih daripada RM2 juta kepada pelajar yang layak. Lepasan sekolah yang berminat boleh menghantar nama dan alamat mereka menggunaka­n sistem pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp ke talian 012-364 1882, atau melayari laman web www. desparkcol­lege.edu. my untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JALIN KERJASAMA: Pengurus Hal Ehwal Antarabang­sa Institut Teknologi Carlow, Ireland, Donald McAlister (kiri) berjabat tangan dengan Alfred, sebagai tanda kerjasama erat kedua-dua institut berkenaan.
JALIN KERJASAMA: Pengurus Hal Ehwal Antarabang­sa Institut Teknologi Carlow, Ireland, Donald McAlister (kiri) berjabat tangan dengan Alfred, sebagai tanda kerjasama erat kedua-dua institut berkenaan.
 ??  ?? PRAKTIKAL: Pelajar sedang melakukan praktikal di bengkel, selain sesi latihan dan dalam darjah.
PRAKTIKAL: Pelajar sedang melakukan praktikal di bengkel, selain sesi latihan dan dalam darjah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia