Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan tadika bersih, selamat

Ia dapat menimbulka­n suasana positif bagi perkembang­an pembelajar­an kanak-kanak

- Oleh Connie Sylvia Mesa

Selain menyedia kualiti pendidikan, pengusaha tadika juga harus menitik berat dan mengutamak­an kebersihan dan

” keselamata­n kanak-kanak.

MIRI: Pengusaha tadika atau pusat jagaan kanakkanak di negeri ini diingat agar memastikan premis mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat bagi kanak-kanak.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembanguna­n Keluarga Rosey Yunus berkata, ia amat penting supaya menimbulka­n suasana positif bagi perkembang­an pembelajar­an kanak- kanak berkenaan.

“Selain menyedia kualiti pendidikan, pengusaha tadika juga harus menitik berat dan mengutamak­an kebersihan dan keselamata­n kanakkanak.

“Dengan adanya elemen tersebut, ibu bapa lebih yakin

Rosey Yunus Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembanguna­n Keluarga

dan percaya menghantar anak masing- masing ke tadika atau pusat jagaan terbabit,” jelasnya.

Rosey berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) di Kampung Tanjung Berlipat di Niah, Sabtu lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu memberitah­u, objektif utama lawatan itu untuk melihat sendiri kemudahan disedia tadika di kawasan konstituen­sinya.

Rosey dimaklumka­n bahawa terdapat beberapa kerosakan kecil di bangunan tabika terbabit yang perlu diperbaiki segera.

Beliau meminta pihak pengurusan tabika berkenaan memberi anggaran kos dan akan memohon peruntukan bagi tujuan membaik pulih tersebut.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa ibu bapa yang tinggal di kawasan pedalaman harus menghantar anak mereka mendapat pendidikan asas terbabit.

Rosey turut mengadakan lawatan ke SK Kampung Tanjung Belipat di Niah dan menyampaik­an beberapa bahan pembelajar­an untuk pelajar tadika di sekolah tersebut.

 ??  ??
 ??  ?? SELAMAT HARI JADI: Fatimah memotong kek hari jadi tajaan bersama kanak-kanak yang diraikan di Pusat Penjagaan Nur Murni di Batu Kawa semalam.
SELAMAT HARI JADI: Fatimah memotong kek hari jadi tajaan bersama kanak-kanak yang diraikan di Pusat Penjagaan Nur Murni di Batu Kawa semalam.
 ??  ?? MESRA: Rosey (kiri) bertanya khabar kanak-kanak tadika di SK Kampung Tanjung Belipat.
MESRA: Rosey (kiri) bertanya khabar kanak-kanak tadika di SK Kampung Tanjung Belipat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia