Utusan Borneo (Sarawak)

Sedia terus berkhidmat

-

BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tasik Biru Datuk Peter Nansian bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan berkenaan untuk tempoh lima tahun lagi.

Malah penyandang empat penggal ini yakin boleh menang di kerusi panas ini jika beliau dipilih sebagai calon bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

“Siapa calon paling berpotensi menang bagi kerusi Tasik Biru? Saya percaya sebagai rakyat dan pengundi di kawasan ini anda lebih tahu siapa calon yang paling berpotensi menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Kampung Senibong, Singai dekat sini, semalam.

Tambah Nansian yang juga Menteri Muda Pembanguna­n Komuniti dan Menteri Muda Perindustr­ian (Estet Perindustr­ian), sepanjang 20 tahun menjadi wakil rakyat di Tasik Biru tidak dinafikan banyak pembanguna­n dan kemajuan yang telah beliau bawa kepada rakyat.

Sehubungan itu beliau mengingatk­an rakyat supaya membuat pilihan yang tepat dalam memilih siapa yang akan menjadi pemimpin mereka di Tasik Biru untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Tasik Biru kini merupakan kerusi panas. Mengapa? Sebabnya, kerusi ini menjadi rebutan pihak tertentu yang masingmasi­ng mahu meletakkan calon mereka.

“Nasihat saya tidak perlu berebut soal kerusi dan calon kerana pada akhirnya nanti yang akan menentukan parti mana dan siapa calon di Tasik Biru adalah terletak di tangan BN,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Nansian yang juga timbalan presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) berkata parti telah mengemukak­an senarai nama calon kepada pengerusi BN Sarawak.

Antara calon yang bukan lagi rahsia ialah beliau sendiri bagi Tasik Biru, Presiden TERAS Tan Sri William Mawan Ikom (Pakan), Datuk Sylvester Entri Muran (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Palu Gumbang (Bukit Danau).

Nansian turut yakin pengerusi BN Sarawak yang juga Ketua Menteri dan pemimpin tertinggi BN yang lain akan memberi kepercayaa­n kepada calon berpotensi menang TERAS untuk mewakili BN di bawah formula BN Plus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia