Utusan Borneo (Sarawak)

SUSPEK TEMBAK DITAHAN

Dua suspek lelaki ditahan bantu siasatan kes tembak ahli perniagaan.

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Polis menahan dua suspek lelaki untuk membantu siasatan kes tembak yang menggempar­kan bandar ini malam Sabtu lalu.

Kedua-dua mereka menjalani perintah reman tujuh hari bermula semalam manakala tiga lelaki yang ditangkap sejak awal pagi Ahad lalu dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

Pada jam 11.09 malam Sabtu lalu, mangsa Ting Meng Min, 30, seorang ahli perniagaan maut ditembak di sebuah kedai kopi di Jalan Lanang di sini.

Teman wanita mangsa yang dikenali Xiao Fen, warganegar­a China yang cedera di pergelanga­n tangan dan bahu kirinya, kini masih menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

Sementara itu Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman memberitah­u pemberita di Kuching bahawa pasukan penyiasat khas dari Kuching dihantar ke bandar ini untuk membantu siasatan dan memburu suspek-suspek.

Katanya motif kes tersebut dipercayai melibatkan dendam perniagaan dan pihaknya dijangka menggunaka­n Akta Pencegahan Jenayah (POCA) jika perlu.

Sehubungan itu, seramai 90 anggota IPK Sarawak dan IPD Sibu menyertai Ops Cantas yang dilancarka­n sejak jam 8 malam sehingga tengah malam kelmarin.

Menurut sumber polis, operasi pemeriksaa­n tertumpu kepada pusat hiburan dan premis perjudian haram sekitar bandar ini selain kawasan lain yang dijadikan sarang aktiviti haram.

“Sehingga kini hanya lima suspek ditangkap secara keseluruha­nnya namun dua orang sahaja ditahan reman sehingga semalam (Isnin),” kata sumber polis semalam.

Ops Cantas diteruskan pada jam 2 petang semalam.

 ??  ?? BESAR-BESARAN: Sebahagian daripada 90 anggota
polis daripada IPK Sarawak dan IPD Sibu yang menyertai Ops Cantas bagi membantu siasatan dan
memburu suspek terlibat dalam kes berkenaan.
BESAR-BESARAN: Sebahagian daripada 90 anggota polis daripada IPK Sarawak dan IPD Sibu yang menyertai Ops Cantas bagi membantu siasatan dan memburu suspek terlibat dalam kes berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia