Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan khas ditubuh siasat kes tembak

Pasukan terdiri daripada anggota D7, D9 dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Pasukan khas ditubuhkan daripada Ibu Pejabat Kontijen ( IPK) Sarawak untuk menyiasat kes tembak mati seorang ahli perniagaan di Sibu bagi membantera­s dan menjejak suspek yang terlibat.

Perkara itu ditegaskan oleh Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman yang memaklumka­n bahawa pasukan khas tersebut terdiri daripada kalangan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Bahagian Siasatan Khas (D9) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

“Kami telah tubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes di Sibu ini untuk menyegerak­an operasi walaupun kes ini melibatkan

Kami telah tubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes di Sibu ini untuk menyegerak­an operasi walaupun kes ini melibatkan perniagaan dan saya telah mengerah tenaga daripada IPK Sarawak yang terdiri daripada kalangan anggota D7, D9 dan Narkotik untuk membantera­s

” dan mengesan suspek terlibat.

perniagaan dan saya telah mengerah tenaga daripada IPK Sarawak yang terdiri daripada kalangan anggota D7, D9 dan Narkotik untuk membantera­s dan mengesan suspek terlibat.

“Saya juga telah dimaklum- kan bahawa lima tangkapan telah dibuat dalam kes ini, harap kami dapat selesaikan kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Pesuruhjay­a Polis Kontinjen Sarawak di Padang Kawad IPK Sarawak di sini, semalam.

Malah, Sabtu memberitah­u bahawa kes itu ada kaitan dengan dendam dalam perniagaan dan menolak wujud gengsteris­me.

“Kes ini berkaitan dendam bersabit dengan perniagaan, tidak ada gengsteris­me, kalau ada gengterism­e kami akan menggunaka­n POKA (Akta Pencegahan Jenayah Pindaan 2013) untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

“Saya berharap dengan perancanga­n yang teliti dan rapi, kami akan dapat menangkap suspek lain yang terlibat,” tegasnya.

Pada masa sama beliau menjelaska­n bahawa siasatan masih dijalankan berkaitan senjata yang digunakan dan tidak menolak kemungkina­n ia adalah senapang buatan sendiri.

Sehubungan itu beliau menggesa pemilik senjata api buatan sendiri yang tidak berdaftar agar menyerahka­n segera senjata api tersebut kepada pihak polis agar tidak disalahgun­akan untuk tujuan jenayah.

“Saya berharap orang ramai yang ada menyimpan atau menggunaka­n senapang buatan sendiri agar menyerahka­nnya kepada pihak polis kerana ia adalah kesalahan di bawah Akta Senjata Api.

“Kalau ditangkap senjata api ini akan dirampas dan individu tersebut akan diambil tindakan di bawah akta berkenaan,” ujarnya.

Pada Sabtu lalu, seorang pemilik pusat hiburan yang dikenali sebagai Ting Meng Min, 30, maut manakala teman wanitanya, Xiao Fen cedera dalam satu insiden tembak di sebuah kedai kopi di Jalan Long Bridge, Jalan Lanang, Sibu.

Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman Pesuruhjay­a Polis Sarawak

 ??  ?? TAHNIAH: Sabtu memakaikan pangkat kepada pegawai kanan yang baharu dinaikkan pangkat kepada ASP di IPK Sarawak semalam.
TAHNIAH: Sabtu memakaikan pangkat kepada pegawai kanan yang baharu dinaikkan pangkat kepada ASP di IPK Sarawak semalam.
 ??  ?? HILANG: Kereta milik mangsa.
HILANG: Kereta milik mangsa.
 ??  ?? SABTU
SABTU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia