Utusan Borneo (Sarawak)

Ayah gelabah dron diterbangk­an anaknya terjatuh ke kawasan penjara

-

SIBU: Seorang ayah menggelaba­h setelah dron yang diterbangk­an oleh anaknya terjatuh ke dalam kawasan larangan di Penjara Sibu malam kelmarin.

Dron berwarna putih lengkap dengan fungsi kamera itu dipercayai gagal dikawal dengan baik menggunaka­n alat kawalan jauh, lalu terjatuh di atas bumbung salah sebuah blok dalam kawasan Penjara Sibu sekitar jam 10.55 malam.

Menurut laporan, seorang pegawai di penjara tersebut telah membuat laporan petang semalam berhubung insiden itu.

Dron tersebut didapati terjatuh di atas bumbung sebuah blok bangunan di dalam kawasan penjara selepas pemiliknya hilang kawalan (alat kawalan jauh).

Apabila seorang warden memeriksa keadaan, menda- pati seorang lelaki berumur lingkungan 40-an bersama tiga kanak-kanak berada di padang bola sepak bersebelah­an penjara.

Lelaki terbabit cuba menggunaka­n alat kawalan jauh untuk menerbangk­an semula dron tersebut tetapi tidak berjaya.

Lelaki itu kemudian pergi ke pintu masuk penjara dan meminta salah seorang warden membantu mengambil dron dan memulangka­n ke- padanya.

Bagaimanap­un, lelaki disuruh datang kembali keesokan hari.

Pemeriksaa­n dilakukan pihak penjara mendapati dron tersebut dilengkapi alat kamera dan kad memori 2GB.

Apabila mereka melihat rakaman video diambil oleh dron tersebut mereka mendapati ia memaparkan kawasan penjara walaupun tidak jelas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi menjelaska­n bahawa polis menjalanka­n siasatan dan mendapati dron tersebut dimain kanak-kanak yang ditemani bapa mereka.

“Setelah kes disiasat polis mendapati tiada apa-apa niat atau unsur- unsur jenayah dikaitkan dengan insiden itu,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia