Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks jenayah S’wak turun 13.04 peratus pada 2015

-

KUCHING: Indeks jenayah di Sarawak mencatat penurunan 13.04 peratus pada tahun lepas berbanding 2014, kata Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman.

Beliau menjelaska­n bahawa indeks jenayah pada tahun lalu yang direkodkan adalah sebanyak 7,204 kes berbanding 8,284 kes pada 2014.

“Saya ucapkan syabas kepada semua yang telah berusaha dan berjaya mengurangk­an indeks jenayah di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Pesuruhjay­a Polis Kontinjen Sarawak di Padang Kawad Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.

Meskipun indeks jenayah mencatat penurunan, Sabtu mendedahka­n bahawa terdapat beberapa kes menunjukka­n peningkatk­an seperti kecurian kenderaan dan samun berkawan.

“Bagi kes yang meningkat pula, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Ketua Polis Daerah (KPD) dikehendak­i melipat ganda usaha untuk mengekang jenayah tersebut daripada terus meningkat,” tegasnya.

Menurutnya, bagi daerah yang menunjukka­n peningkata­n pula, tindakan pencegahan yang proaktif secara berkesan perlu diperhebat­kan supaya sasaran penurunan kes indeks jenayah tahun ini dapat dicapai.

“Justeru, JSJ dan KPD diarahkan untuk meningkatk­an kadar penyelesai­an kes agar lebih banyak kes dapat diselesaik­an dan pelaku jenayah dapat dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Mengulas mengenai statistik kemalangan jalan raya pula, Sabtu berkata ia menunjukka­n peningkata­n sebanyak 6.7 peratus pada 2015 berbanding 2014.

“Pada 2015 sebanyak 19,098 kes kemalangan jalan raya direkodkan berbanding 17,857 kes pada tahun sebelumnya.

“Manakala bagi kemalangan maut pula meningkat daripada 390 kes pada 2014 kepada 392 kes pada tahun lalu,” jelasnya.

Daripada aspek penguatkua­saan pula, beliau mendedahka­n bahawa se- banyak 229,370 saman trafik telah dikeluarka­n pada 2015 iaitu penurunan sebanyak 34,178 saman trafik berbanding jumlah yang dikeluarka­n pada 2014.

Sehubungan itu, beliau meminta agar kempen dan pendidikan trafik harus dikaji kembali bagi memastikan setiap pengguna jalan raya memandu dengan mematuhi undang-undang.

Dalam perkembang­an lain, Sabtu menggesa semua pegawai dan anggota polis di negeri ini bersiap sedia daripada aspek mental dan fizikal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.

“Ketua-ketua jabatan dan KPD pula hendaklah mempersiap­kan semua aspek sumber manusia, logistik dan keperluan lain selain melengkapk­an pegawai dan anggota dengan pengetahua­n tugasan semasa piliha nraya,” ujarnya.

Pada perhimpuna­n itu, Sabtu turut menyempurn­akan majlis pemakaian pangkat kepada 33 pegawai daripada IPK Sarawak yang dinaikkan pangkat daripadai Inspektor kepada ASP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia