Utusan Borneo (Sarawak)

Kakak buat laporan polis adik mengamuk tidak diberi wang

-

KUCHING: Seorang kakak membuat laporan polis selepas adik kandungnya mengamuk menggunaka­n rotan dan parang kerana tidak diberi wang.

Mangsa yang berusia 31 tahun dari Kampung Gita Laut yang tampil ke balai polis untuk membuat laporan memaklumka­n bahawa adik lelakinya yang berusia 28 tahun datang ke rumahnya sekitar jam 9.15 pagi kelmarin dengan membawa sebatang rotan sebelum bertindak memukul pintu dan dinding rumah tersebut.

“Saya telah keluar dari bilik sambil membawa anak saya lalu menegur adik saya agar tidak berbuat bising kerana bimbang anak saya yang masih kecil terkejut.

“Dia telah marah dan cuba hendak memukul saya menggunaka­n rotan tersebut tetapi dapat dihalang oleh suami saya sebelum suami saya merampas rotan berkenaan,” kata mangsa dalam laporan tersebut.

Selepas itu mangsa membawa anaknya keluar dari rumah berkenaan untuk mengelak insiden yang tidak diingini berlaku.

“Adik saya yang tidak berpuas hati pergi ke dapur untuk mengambil parang pemotong daging sebelum datang semula ke ruang tamu rumah kami.

“Suami saya terus berlari masuk ke dalam bilik tidur dan mengunci pintu,” katanya sambil menambah adiknya itu menjerit memanggil-manggil suaminya untuk keluar dari bilik berkenaan.

Menurut mangsa lagi, adiknya turut memaki hamun suaminya dan selepas beberapa ketika melihat suami mangsa tidak keluar, lelaki itu kemudianny­a masuk ke biliknya sendiri.

“Sebelum ini, adik saya selalu mengamuk dan hendak mencederak­an kami sekeluarga jika permintaan­nya (minta duit) tidak dipenuhi namun kami tidak pernah membuat laporan polis.

“Oleh kerana tidak tahan lagi dengan tindakanny­a itu saya tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutny­a,” ujar mangsa.

Kes berkenaan sedang disiasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia