Utusan Borneo (Sarawak)

Talisman, Oceanmight bangunkan semula pelantar Kinabalu

-

KUCHING: Talisman Malaysia Limited (Talisman) dan Oceanmight Sdn Bhd (Oceanmight) menandatan­gani kontrak bagi projek pembanguna­n semula pelantar Kinabalu di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Kontrak telah ditandatan­gani oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan KKB Engineerin­g Berhad Datuk Kho Kak Beng yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Oceanmight dan Naib Presiden Repsol Rob Mills yang mewakili Talisman sambil disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Pengarah Eksekutif Asia & Russia Repsol Ferdinando Rigardo dalam ucapannya berkata Oceanmight akan membina pelantar baharu bagi menghubung­kan pelantar Kinabalu yang sedia ada.

Kerja-kerja pembinaan akan bermula April tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan serta sedia untuk operasi cari gali pada suku ketiga 2017.

“Fasiliti baharu ini akan membolehka­n Talisman Malaysia menggerudi sehingga 10 telaga baharu dengan ruang yang mampu memuatkan peralatan tambahan bagi pembanguna­n masa depan.

“Bagi kami di Repsol dan Talisman Malaysia, kami melihat kerjasama dengan kontraktor Malaysia sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang dan sumbangan kepada ekonomi Malaysia,” katanya.

Tambah Ferdinando, Malaysia merupakan destinasi pelaburan penting bagi Repsol dan syarikat mengambil serius tanggungja­wab bagi memastikan syarikat terus beroperasi dengan selamat dan cekap.

“Projek pembanguna­n Kinabalu meneruskan tradisi memperkuku­h dan memperluas­kan keupayaan syarikat Malaysia menyokong industri minyak dan gas.

“Pada tempoh puncak, projek ini dijangka memerlukan 700 kakitangan dalam pelbagai aspek termasuk di tapak pejabat yang terletak di Kuching dan ibu pejabat di Kuala Lumpur,” tambahnya.

Ferdinando turut yakin pasukan pengurusan projek Kinabalu dan Oceanmight akan berjaya menyiapkan fasiliti kelas pertama ini pada masa yang ditetapkan dengan selamat.

 ??  ?? KERJASAMA: Kho (kiri) bertukar dokumen kontrak dengan Rod sambil disaksikan Adenan (tengah) serta yang lain.
KERJASAMA: Kho (kiri) bertukar dokumen kontrak dengan Rod sambil disaksikan Adenan (tengah) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia