Utusan Borneo (Sarawak)

Isu banjir di tanah perkuburan Riam selesai

Projek pembinaan sistem perparitan dilaksanak­an MBM siap sepenuhnya pada November tahun lalu

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Isu banjir yang menghantui kawasan tanah perkuburan di Riam di sini dianggap selesai selepas projek pembinaan sistem perparitan dilaksanak­an oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) siap sepenuhnya pada November tahun lalu.

Datuk Bandar MBM Lawrence Lai yang meninjau projek pembinaan itu semalam berpuas hati dengan pembinaann­ya yang membantu menyelesai­kan masalah tersebut walaupun tertangguh seketika.

Menurut beliau, tanah perkuburan Riam agak unik kerana menempatka­n kawasan perkuburan pelbagai agama dan bangsa seperti Kristian, Cina, Buddha dan Islam dengan masing-masing

Namun, tidak mempunyai sistem parit dan laluan air yang baik maka apabila hujan lebat turun terutama ketika musim hujan kawasan perkuburan tersebut mengalami banjir dan kubur-kubur

” rendah ditenggela­mi air.

kawasan perkuburan terbabit dibahagika­n mengikut agama dan bangsa.

“Namun, tidak mempunyai sistem parit dan laluan air yang baik maka apabila hujan lebat turun terutama ketika musim hujan kawasan perkuburan tersebut mengalami banjir dan kubur-kubur rendah ditenggela­mi air.

“Kami sedar perkuburan ini milik pertubuhan agama masing-masing namun melibatkan isu alam sekitar dan persekitar­an, lebih-lebih lagi mengambil kira kediaman di sekeliling menyebabka­n MBM mengambil alih projek pembinaan sistem perparitan di kawasan tersebut,” tambahnya.

Justeru, projek itu hanya dapat dilaksanak­an tahun lalu selepas beberapa penangguha­n disebabkan perlu berunding dengan pihak gereja berkaitan, masjid, pertubuhan Buddha dan masyarakat Cina dengan mengambil kira sensitivit­i agama dan tanah perkuburan mereka.

“Namun, kita bersyukur kerana hasil rundingan semua pihak bersetuju dan memberi kerjasama baik kepada MBM untuk memastikan projek itu siap dilaksanak­an,” katanya.

Kerja- kerja pembinaan parit sepanjang 300 meter melalui keliling kawasan perkuburan tersebut menelan kos RM70,000 dan siap dalam tempoh dua bulan.

Sementara itu, Lai ditemani ahli-ahli majlis, Kaunselor Bruce Chai, Peter Chia dan Ernest Goh serta jurutera MBM turut mengadakan tinjauan ke beberapa tapak projek komuniti lain seperti pembinaan parkir kereta dan jalan di Gereja St Dominic, Taman Tunku melibatkan kos RM70,000.

Seterusnya projek pembesaran jalan masuk menuju ke Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Tanjung Lobang dan tempat letak kereta menelan kos RM100,000 serta Masjid Darul Ehsan, Piasau Jaya melibatkan menyimen sekeliling kawasan masjid untuk memudahkan kereta-kereta diparkirka­n dan mengurangk­an kesesakan serta per- paritan dan penurapan serta menaik taraf jalan bernilai RM200,000.

Lai dan rombongann­ya turut melawat pusat penyembeli­han babi di Krokop yang menerima mesin pendidih air baharu buatan Switzerlan­d dan mesin rawatan air sisa kumbahan dan buangan bernilai lebih RM500,000.

“Dengan siapnya pemasangan peralatan baharu itu, maka pusat penyembeli­han kini lebih lancar sekali gus dapat menghasilk­an permintaan lebih besar bagi menampung permintaan dan pasaran domestik di sini lebih-lebih lagi menjelang perayaan Tahun Baharu Cina nanti,” tambahnya sambil memberitah­u, masalah mesin pendidih air di pusat itu rosak sejak tahun lalu menyebabka­n terpaksa menggunaka­n kaedah manual yang lambat dan jumlah penyembeli­han terhad.

“Semua lima projek ini sudah siap tahun lalu dan hari ini kita mengadakan tinjauan ke lima lokasi projek yang disifatkan projek komuniti membabitka­n sekolah, rumah ibadat, perkuburan serta keperluan penduduk,” katanya sambil menambah MBM terus turun padang meninjau semua perkembang­an projek dilaksanak­an di bawah bidang kuasanya.

Lawrence Lai Datuk Bandar MBM

 ??  ?? TINJAU: Lai (dua kanan) bersama kauselor MBM meninjau projek pembinaan parit di kawasan tanah perkuburan Riam melalui tanah perkuburan Kristian.
TINJAU: Lai (dua kanan) bersama kauselor MBM meninjau projek pembinaan parit di kawasan tanah perkuburan Riam melalui tanah perkuburan Kristian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia