Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Maskat sokong pembinaan tapak pelupusan sampah

-

BINTULU: Penduduk Kampung Maskat (Pandan), sebuah perkampung­an Penan Muslim di daerah Sebauh menyokong sepenuhnya projek pembinaan tapak pelupusan sampah berdekatan kampung mereka.

Ketua Kampungnya Josdi Kusing, 46, berkata sejak pelaksanaa­n projek pembinaan tapak pelupusan sampah terletak sekitar dua kilometer dari penempatan mereka memberi banyak manfaat kepada penduduk Kampung Maskat dan kawasan sekitarnya.

“Projek Trienekens itu merubah landskap dan infrastruk­tur dengan pembinaan jalan raya berturap dinikmati penduduk pada masa sekarang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menafikan penduduk di kawasan Maskat terlibat dalam protes secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Sebungan dan Pandan membantah pelaksanaa­n projek pembinaan tapak pelupusan sampah di kawasan itu.

Sambil menyifatka­n kawasan pelupusan sampah itu merupakan tanah asal milik komuniti Penan Muslim di Kampung Maskat, Josdi men- jelaskan bahawa beliau sememangny­a menyokong penuh usaha kerajaan meneruskan projek itu.

Tambahnya, kedua- dua pihak sama ada pemaju atau penduduk Kampung Maskat mencapai persetujua­n berhubung pembinaan tapak pelupusan sampah di kawasan itu dan bayaran pampasan dibuat sebelum memulakan projek itu.

“Justeru, saya mewakili seluruh warga Kampung Maskat menegaskan bahawa kami tidak pernah membantah projek pembinaan tapak pelupusan sampah itu kerana ia dipersetuj­ui penduduk,” ujarnya.

Josdi berkata, penduduk kampung amat berterima kasih kepada pemaju projek yang membantu mewartakan kawasan suci nenek moyang kaum Penan di kawasan itu yang dikenali ‘tanah pemali Penan’ yang tidak diusik atau diceroboh meskipun projek itu dilaksanak­an.

“Penduduk Kampung Maskat tidak mahu dikaitkan dengan mana- mana pihak yang membantah pelaksanaa­n projek itu kerana seluruh penduduk kampung amat menyambut baik pelaksanaa­nnya sejak dibayar pampasan dua tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? NAFI SOKONG BANTAHAN: Josdi (tengah) bersama dua penduduk Kampung Maskat menunjukka­n keratan akhbar Utusan Borneo (10 Januari 2016).
NAFI SOKONG BANTAHAN: Josdi (tengah) bersama dua penduduk Kampung Maskat menunjukka­n keratan akhbar Utusan Borneo (10 Januari 2016).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia