Utusan Borneo (Sarawak)

UPP lancar kempen 300,000 tandatanga­n untuk sokong penerbanga­n terus

-

SIBU: Parti Rakyat Bersatu ( UPP) melancarka­n kempen 300,000 tandatanga­n pada minggu depan sebagai sokongan mendapatka­n penerbanga­n terus ke Sibu dari Kota Kinabalu, Singapura dan Fuzhou, China.

Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh berkata kempen itu melibatkan kerjasama dengan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

Beliau berkata kempen itu bertujuan meyakinkan syarikat berkenaan dalam memperkena­l penerbanga­n terus ke Sibu untuk membawa pelancong ke kawasan tengah Sarawak.

“Kempen itu juga bertujuan meyakinkan Kementeria­n Pengangkut­an memberi ke- benaran dan hak penerbanga­n kepada syarikat penerbanga­n berkenaan.

“Usaha itu merupakan sebahagian daripada persiapan menjayakan Tahun Melawat Sibu 2017,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti itu berkata, penerbanga­n terus itu penting memandangk­an Sibu merupakan pintu masuk ke kawasan tengah Sarawak yang kaya dengan pelbagai tarikan pelanconga­n.

“Tanpa jaringan langsung udara seumpama itu usaha mempromosi industri pelanconga­n di kawasan ini agak mustahil,” katanya.

Bercakap lanjut, Wong menjelaska­n bilangan 300,000 tandatanga­n turut diterjemah­kan sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Sementara itu, pengerusi penganjur Program Datuk Janet Lau berkata program itu dianjurkan dengan kerjasama tujuh cawangan UPP wilayah tengah.

Katanya majlis pelancaran pada 15 Januari ini di Pintu Gerbang Sibu akan disempurna­kan oleh Wong sendiri dan dihadiri tetamu lain.

Hadir sama pada sidang media tersebut Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Wong (lapan kanan) menunjukka­n logo serta kemeja digunakan pada acara perasmian program itu nanti.
SERTAI KAMI: Wong (lapan kanan) menunjukka­n logo serta kemeja digunakan pada acara perasmian program itu nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia