Utusan Borneo (Sarawak)

Laporkan ahli keluarga memerlukan bantuan

-

SRI AMAN: Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis menggesa masyarakat yang mempunyai ahli keluarga memerlukan bantuan kerajaan agar melaporkan kepada wakil rakyat masing-masing. Menurutnya, jika masyarakat tidak membantu memberi maklumat kepada wakil rakyat atau kepada agensi berkaitan maka mereka memerlukan bantuan ketinggala­n dan lambat menerima bantuan.

“Saya harap bantuan masyarakat termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat menyalurka­n maklumat kepada wakil rakyat atau agensi berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya pada Program Bersama Masyarakat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman di Rumah John Ellie, Kampung Sabu di sini, semalam.

Katanya kikis sikap malu dan jangan malu bertanya dengan agensi berkaitan jenis bantuan yang boleh disalurkan

Oleh itu, sekiranya anggota keluarga layak mendapat bantuan kerajaan berusaha membantu menyalurka­n bantuan diperlukan.

Hadir sama Pegawai KEMAS Bahagian Sri Aman Josipah Sabas, Pegawai KEMAS Daerah Sri Aman Marinda Steward Thaim, Pemanca Lee Siang Hua, Penasihat Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang Patrick Michael Dian, Ketua Wanita SUPP Simanggang Ling Siew Hung serta yang lain

Harden turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM6,000 kepada JKKK Kampung Sabu, RM4,000 kepada Biro Wanita dan RM5,000 masing-masing kepada Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Sabu, Sri Aman dan KRT Kampung Sabu.

Dalam pada itu, Harden turut menyampaik­an alat perkakas dapur kepada JKKK dan Biro Wanita Kampung Sabu dan tiga unit kerusi roda kepada tiga penduduk orang kurang upaya (OKU)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia