Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan Program Sejiwa Senada ternyata bermakna: Abang Johari

-

MIRI: Program Sejiwa Senada melabuhkan tirai di Padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) malam kelmarin berjaya menarik kira-kira 80,000 pengunjung sepanjang program diadakan bermula 8 Januari (Jumaat) lalu.

Menteri Perumahan dan Menteri Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata ini merupakan kejayaan amat bermakna dalam usaha merapatkan silaturahi­m antara perkhidmat­an awam dengan rakyat.

“Ini menzahirka­n kejayaan jentera kerajaan dan saya berterima kasih kepada semua pihak terlibat sama ada kakitangan kerajaan, sektor swasta mahupun individu bersama-sama menjayakan program ini,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Program Sejiwa Senada di Pentas Utama, Padang MBM malam kelmarin.

Abang Johari berkata, kerjasama rakyat terus diperlukan untuk memastikan kesinambun­gan pembanguna­n di seluruh negeri ini.

“Dalam hal ini kerajaan, kakitangan kerajaan selaku pelaksana dan kerjasama rakyat umpama ‘lagu dan irama’ tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan ketiga-tiga elemen ini maka pincanglah kerajaan,” katanya.

Menurutnya, negeri Sarawak berjaya mengekalka­n ‘lagu dan irama’ itu malah kejayaan kita boleh diiktiraf sebagai yang terbaik di Malaysia.

“Di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dengan sokongan kabinet negeri, saya yakin rakyat Sarawak akan menikmati lebih banyak pembanguna­n,” katanya.

Hadir sama isterinya, Da- tin Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Muda Perhubunga­n Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Datuk Sylvester Entri Muran, Residen Miri Antonio Kahti Galis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat serta kenamaan lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an trofi kepada Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Sarawak Law Poh Kiong mewakili pasukannya dipilih sebagai pemenang Tapak Pameran Terbaik Sejiwa Senada di Miri malam kelmarin.
TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an trofi kepada Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Sarawak Law Poh Kiong mewakili pasukannya dipilih sebagai pemenang Tapak Pameran Terbaik Sejiwa Senada di Miri malam kelmarin.
 ??  ?? KERUSI RODA: Harden (tengah) menyampaik­an kerusi roda kepada salah seorang penerima serta perkakas dapur kepada JKKK terbabit semalam.
KERUSI RODA: Harden (tengah) menyampaik­an kerusi roda kepada salah seorang penerima serta perkakas dapur kepada JKKK terbabit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia