Utusan Borneo (Sarawak)

SPDP Marudi kesal ada pihak dakwa pembangkan­g

-

MARUDI: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di sini melahirkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak cuba mengeliruk­an rakyat dengan mendakwa SPDP adalah pembangkan­g dan bukan komponen Barisan Nasional (BN).

Dakwaan mengejutka­n itu disangkal sekeras-kerasnya oleh wakil SPDP yang juga bakal calon SPDP–BN bagi kerusi DUN Marudi iaitu bekas Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti Datu Dr Penguang Manggil yang turut menerima ‘tempias’ daripada dakwaan tersebut.

Beliau menjelaska­n, hanya ada empat parti sahaja dalam komponen BN di Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan SPDP serta 13 parti komponen BN di seluruh negara.

Dr Penguang mengakui terdapat propaganda disebarkan sesetengah pihak, mengatakan beliau adalah ‘wakil pembangkan­g’ menyebabka­n ketua-ketua masyarakat seperti penghulu dan tuai rumah panjang takut menemani beliau menghadiri majlis dianjurkan SPDP.

“Ini tidak benar sebaliknya penghulu dan tuai rumah bimbang dilucutkan jawatan oleh segelintir pihak yang mempunyai ‘kuasa’ melucutkan jawatan mereka sesuka hati terutama golongan tidak seiringan dengannya,” jelas Penguang.

“Anda boleh lihat dengan jelas Majlis Daerah Marudi (MDM), tiada seorang pun wakil SPDP dilantik sebagai kaunselor dalam MDM kerana yang dilantik adalah ‘orang-orang’ atau pengikut pihak tertentu,” katanya pada Majlis Pemimpin SPDP Bersama Rakyat dan sambutan Tahun Baharu 2016 diadakan sempena majlis kesyukuran dan meraikan Wahid Sayun dianugerah­kan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) di Rumah Sayun, Sungai Arang kelmarin.

Dalam pada itu, Penguang menegaskan pendirian parti itu dan Presidenny­a Datuk Seri Tiong King Sing bahawa parti itu tidak menerima TE- RAS sama ada kembali kepada SPDP atau menyertai BN.

Dalam perkembang­an lain, kerajaan persekutua­n barubaru ini menerusi Tiong yang juga Ahli Perlimen Bintulu menyerahka­n peruntukan Bantuan Khas daripada Perdana Menteri berjumlah RM1.6 juta.

Menurut Penguang, peruntukan itu diagihkan menerusi cek kepada beberapa Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), persatuan dan rumah panjang di kawasan Marudi.

Pada majlis sama, seorang guru mendakwa mewakili PIBG SK Sungai Arang turut mengemukak­an permohonan bekalan air bersih ke sekolah mereka dan Penguang dengan selamba menjawab bahawa beliau belum lagi menjadi wakil rakyat kawasan tersebut dan bertanya balik kepadanya, kenapa pihak sekolah tersebut tidak meminta kemudahan bekalan air itu dan mengemukak­an masalah tersebut kepada wakil rakyat mereka yang sudah 20 tahun berkhidmat di situ dan turut dilantik menjadi Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air).

 ??  ?? BERSAMA RAKYAT: Penguang (tengah) bersama (dari kiri) Egi Bangan, Sayun, isteri beliau Datin Monica Ukong dan Theresa.
BERSAMA RAKYAT: Penguang (tengah) bersama (dari kiri) Egi Bangan, Sayun, isteri beliau Datin Monica Ukong dan Theresa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia