Utusan Borneo (Sarawak)

Unit Bumiputera UPP Dudong bersedia hadapi PRN

-

SIBU: Unit Bumiputera Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Dudong bersedia membantu parti itu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusin­ya Bansa Sandah berkata setakat ini unit mereka mempunyai lebih 2,000 ahli dan kini hanya menunggu tiba masa PRN bagi membantu UPP.

“Kami yakin rakyat di lebih 200 buah rumah panjang di kawasan Dudong menyokong UPP Dudong di bawah Barisan Nasional (BN) merampas kerusi DUN Dudong daripada pembangkan­g.

“Pendek kata, pengundi Iban atau Bumiputera lain tiada masalah mengundi UPP pada PRN akan datang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengerusi UPP Dudong Datuk Tiong Thai King meninjau empat projek dilaksanak­an UPP di empat rumah panjang di kawasan tersebut.

Empat rumah panjang menerima projek UPP ialah Rumah Anthony Mering di Batu 16, Jalan Sibu-Bintulu, Rumah Jabu Selat di Hulu Sungai Salim, Rumah Gagat Umar juga di Hulu Sungai Salim dan Rumah Philip Radin di Sungai Salim.

Semua projek di keempatemp­at rumah panjang tersebut menelan kos RM115,000.

Sementara itu, Bansa berkata unitnya sebulat suara menyokong kepimpinan Tiong serta mahu beliau dicalonkan oleh UPP di kerusi DUN Dudong pada PRN akan datang.

Bansa berkata Tiong masih relevan dan mampu menang atas tiket UPP pada PRN akan datang.

“Ini kerana, semua penduduk di Dudong serta rumah-rumah panjang lebih mengenali Tiong.

“Tiong yang merupakan pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) pernah menjadi Ahli Parlimen Lanang selama empat penggal.

“Oleh itu, beliau tidak asing bagi kita di Dudong lebih-lebih lagi beliau sangat popular di kalangan pengundi Iban,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, Tiong sering mengunjung­i rumahrumah panjang di kawasan Dudong bagi menjenguk rakyat tidak kira masa sepanjang menjadi wakil rakyat.

Jelasnya, Tiong sangat pemurah membantu semua rakyat seperti menghulurk­an sumbangan berbentuk wang ringgit, dana, pemberian projek, menitibera­tkan pendidikan dan sebagainya.

“Justeru, kita sering mendengar penduduk rumah panjang memuji sikap Tiong. Walaupun belum menjadi wakil rakyat, beliau tetap membantu serta tidak meninggalk­an rakyat tersisih daripada menikmati pembanguna­n.

“Oleh itu, kami percaya undi rakyat khususnya penduduk rumah panjang di kawasan Dudong hanya kepada BN-UPP,” katanya.

Pada PRN 2011, Tiong pernah bertanding atas tiket Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di kerusi DUN Dudong namun tewas kepada Yap Hoi Leong daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan majoriti 317 undi.

Tiong mendapat 9,332 undi manakala Yap memperoleh­i 9,649 undi sementara seorang calon Bebas, Apandi Abdul Rani hanya memperoleh­i 174 undi.

 ??  ?? TINJAU: Tiong (kiri) sambil diiringi Bansa (kanan) meninjau projek dilaksanak­an UPP di Rumah Gagat, Hulu Sungai Salim di Sibu.
TINJAU: Tiong (kiri) sambil diiringi Bansa (kanan) meninjau projek dilaksanak­an UPP di Rumah Gagat, Hulu Sungai Salim di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia