Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua kaum Penan pertahanka­n Richard sebagai pembela sejati BN

-

MIRI: Ketua kaum Penan di Tinjar mempertaha­nkan Setiausaha Politik Ketua Menteri Richard Will Uban sebagai pembela sejati Barisan Nasional (BN) dan aspirasi penduduk di Marudi kerana meletakkan kepentinga­n rakyat sebagai keutamaan ketika berkhidmat.

Tuai Rumah Wen Mengelit dari Batu Bakit Baled Lapok berkata beliau terkejut dengan kecaman diterima Richard ketika menjelaska­n fakta sebenar bahawa penduduk Marudi mahu menikmati pembanguna­n, menjaga perpaduan dan meneruskan kepimpinan kerajaan BN di Marudi.

“Kami pengundi di Marudi seperti diletak di belakang dan parti-parti politik yang mengecam beliau meletak kepentinga­n diri kerana berada di atas kami sebagai pengundi,” katanya di sini, semalam.

Beliau menyuaraka­n ketidakpua­san hati apa yang beliau lihat sekarang sebagai politik tidak sihat dan mengetepik­an hasrat penduduk memilih Menteri Muda Kemudahan Air dan ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri Muran terpilih semula sebagai wakil rakyat.

“Tindakan ini salah dan sebagai tuai rumah dari Lapok walaupun kami menyokong Entri, kami tidak akan menfitnah orang lain,” jelas beliau.

Beliau memberitah­u, Richard hanya melakukan tugasnya sebagai setiausaha politik Ketua Menteri dan tugas beliau memastikan perpaduan dan keutuhan kaum di peringkat akar umbi demi memastikan kekuatan BN di Marudi tidak akan goyah akibat perpecahan di kalangan pengundi.

“Ketua Menteri memberitah­u bahawa hanya terdapat seorang sahaja calon BN di setiap konstituen­si iaitu Entri di Marudi.

“Untuk memastikan BN menang di bawah kepimpinan Ketua Menteri adalah antara keutamaan dan tanggungja- wab beliau,” jelasnya.

Dalam kenyataan akhbar, ketua- ketua Parti Rakyat Sarawak ( PRS) Senadin, Pujut dan Lambir menyelar Richard kerana mempertaha­n pencalonan Entri sebagai calon BN di Marudi dengan alasan tindakan Richard melanggar semangat permuafaka­tan ‘Merger of Minds’ bersama komponen BN iaitu SPDP dan SUPP.

Baru-baru ini, Richard turut mengulas tuduhan tersebut semasa menemani Entri mengagihka­n sumbangan atap zink, tangki air, barangan dapur dan bantuan kilat kepada 18 keluarga mangsa kebakaran rumah panjang 10 pintu, Rumah Kajan Sigeh, Long Teru, Tinjar.

Tindakan parti-parti politik membelakan­gkan pengundi dikhuatiri akan memakan diri sendiri kerana kuasa sebenar terletak di tangan pengundi.

“Ini bukan tentang parti atau kuncu pilihan raya. Pendapat dan perasaan kami sebagai rakyat dan pengundi harus diutamakan,” jelasnya.

Beliau menambah, perpaduan dan keutuhan kaum serta ketua masyarakat amat penting dalam memastikan BN dan Ketua Menteri memperoleh­i mandat besar pada PRN akan datang.

 ??  ?? WEN
WEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia