Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi di Pakan disaran tolak calon wakil rakyat ditaja

-

SIBU: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pakan disarankan supaya menolak calon wakil rakyat ditaja pihak tertentu.

Bekas Ahli Parlimen Rajang 1980-an Dr Nicholas Munung berkata situasi politik hari ini sudah jauh berubah.

Katanya ramai antara calon wakil rakyat bertanding disebabkan keupayaan dari segi kewangan kerana ditaja pihak tertentu.

“Bukan sahaja kurang dikenali, malah baharu muncul ketika menjelang pilihan raya juga boleh bertanding.

“Saya berpendapa­t situasi politik ini lebih kepada agenda sendiri dengan mengorbank­an kepercayaa­n rakyat untuk kepentinga­n diri,” katanya ketika berucap mengiring pelobi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tedong Gunda kelmarin.

Menurut Nicholas, rakyat khususnya di Pakan harus menghindar­i politik ini kerana akan merugikan diri sendiri.

Selain itu, tindakan ahli politik menggadaik­an kepercayaa­n rakyat juga menyekat peluang calon wakil rakyat lain yang benar-benar ingin berkhidmat kepada rakyat.

Bercakap lanjut, Nicholas melahirkan keyakinan tinggi terhadap Tedong sekiranya dipilih sebagai calon wakil rakyat.

“Bukan sahaja masih muda tetapi Tedong memiliki keupayaan lain termasuk dari segi idea dalam mentransfo­rmasikan kehidupan rakyat di Pakan,” jelas beliau.

Sementara itu, Tedong ketika ditemui memberitah­u bahawa fokusnya kini lebih kepada memperkuku­h jentera beliau bagi menghadapi saingan Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Saya dan penyokong bersedia sepenuhnya cuma perlu dipertajam­kan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia