Utusan Borneo (Sarawak)

PWRI minat bekerjasam­a dengan Kumpulan See Hua

Ia dinyatakan ketuanya Abdullah Hamid ketika melawat pejabat Kumpulan Akhbar See Hua semalam

- Oleh Patricia Gari

Saya amat berbangga kerana dapat mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Akhbar See Hua hari ini (semalam), sebuah kumpulan akhbar terbesar di Sarawak. Kami juga bertuah kerana diterima baik meskipun ini

” pertemuan pertama.

KUCHING: Persatuan Wartawan Republik Indonesia (PWRI) Daerah Sanggau, Wilayah Kalimantan Barat berminat menjalinka­n kerjasama dengan Kumpulan Akhbar See Hua dalam melaporkan berita melangkaui sempadan negara republik itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua PWRI Daerah Sanggau Abdullah Hamid ketika mengetuai rombongan itu mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Kumpulan Akhbar See Hua iaitu The Borneo Post, Utusan Borneo dan Akhbar See Hua di bangunan Crown Towers di sini, semalam.

Hadir sama Pengurus Besar Operasi The Borneo Post Phyliss Wong, Editor Pengurusan Kanan The Borneo Post Francis Chan, Naib Konsul Untuk Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan daripada Pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching Marisa Febriana Wardani.

“Saya amat berbangga kerana dapat mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Akhbar See Hua hari ini (semalam), sebuah kumpulan akhbar terbesar di Sarawak. Kami juga bertuah kerana diterima baik meskipun ini pertemuan pertama.

“Diharap pertemuan permulaan ini yang lebih kepada menjalinka­n hubungan silaturahi­m akan berlanjutk­an kepada hubungan kerjasama media pada masa akan datang,” katanya.

Beliau menambah dalam hal itu, PWRI mengharapk­an kerjasama profesiona­l antara kedua- dua negara membabitka­n bidang ke- wartawanan dalam pelbagai bidang.

Menerusi kerjasama itu juga, diyakini dapat memperkuku­hkan lagi hubungan antara Malaysia atau Sarawak khususnya dengan Indonesia sejajar dengan agenda Rakan Ekonomi ASEAN.

“Saya amat mengharapk­an daripada pertemuan ini kita akan ada kerjasama yang baik, kerana rakyat Indonesia dapat mengenali Malaysia dalam pelbagai bidang melalui media, yang dicetuskan oleh Kumpulan See Hua.

“Sebaliknya masyarakat Malaysia juga dapat mengetahui mengenai Indonesia dalam pelbagai aspek melalui PWRI, hal ini dilihat tidak mustahil dengan teknologi sekarang iaitu secara online,” ujarnya.

Sementara itu Marisa memberitah­u, PWRI Daerah Sanggau menerusi Pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia sebagai ‘pegawai peranta’ menjalinka­n hubungan antara persatuan itu dengan Kumpulan Akhbar See Hua.

“Objektif kunjungan ini lebih kepada membuka laluan hubungan dan jika tiada masalah akan disusuli kerjasama dalam bidang media lebih dieratkan.

“Namun harus ditegaskan di sini, sebagai pihak kerajaan Republik Indonesia di Sarawak, sebarangan kerjasama atau perjanjian persefaham­an yang mahu dijalinkan antara kedua-dua entiti perlu dimaklumka­n kepada pihak konsulat bagi mengelak sebarang kekeliruan serta masalah pada kemudian hari,” jelas Marisa.

Ujarnya walaupun PWRI entiti bebas, tidak bermakna ia bebas melakukan apa jua perkara dalam lingkungan profesiona­lisme mereka.

“Ini kerana mungkin ada perkara yang dilihat sensitif di Malaysia atau di Sarawak tidak sensitif di Indonesia begitu juga sebaliknya.

“Kita mahukan satu kerjasama yang dapat memberi situasi ‘ menang- menang’ kepada kedua-dua pihak,” tegasnya.

Abdullah Hamid Ketua PWRI Daerah Sanggau

 ??  ?? TANDA PERSAHABAT­AN: Chan menerima cenderamat­a daripada Abdullah sambil disaksikan ahli PWRI Daerah Sanggau. Turut kelihatan Marisa (kiri) dan Wong (barisan kedua, dua kiri).
TANDA PERSAHABAT­AN: Chan menerima cenderamat­a daripada Abdullah sambil disaksikan ahli PWRI Daerah Sanggau. Turut kelihatan Marisa (kiri) dan Wong (barisan kedua, dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia