Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam berterima kasih kepada Adenan luluskan tapak kekal

-

MIRI: Umat Islam berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem selepas permintaan mendapatka­n tapak kekal bagi Surau Abu Bakar Asaddiq di sini diluluskan.

Imam Surau Abu Bakar Asaddiq, Abu Hurairah Mohamad berkata pihaknya bersyukur kerana kerajaan negeri telah merealisas­ikan pemintaan umat Islam untuk rumah ibadat yang kekal di Desa Senadin di sini.

“Kami umat Islam di sini khasnya Desa Senadin dan kawasan sekitarnya berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana menghadiah­kan sebuah surau kekal untuk umat Islam beribadat,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, pihak jawatankua­sa surau berkenaan telah berjumpa dengan Adenan untuk memohon tanah bagi pembinaan surau baharu dan turut dipersetuj­ui oleh beliau.

“Ketua Menteri amat prihatin dengan masalah kami mendapatka­n surau baharu dan kami bersyukur kerana beliau meluluskan sebidang tanah untuk mendirikan surau baharu,” jelasnya.

Jawatankua­sa surau turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Miri, Jabatan Tanah dan Survei serta Jabatan Agama Islam Negeri turut membantu merealisas­ikan impian mereka.

“Tapak yang dipersetuj­ui berdekatan dengan gelanggang sepak takraw dan bola keranjang di Desa Senadin, Fasa 2 dan lokasi yang amat strategik,” katanya.

Sebelum ini, pemohonan untuk surau baharu ini dibuat beberapa kali namun agensi berkaitan seolah-olah tidak mahu memproses permohonan terbabit.

“Untuk rekod, tiada masjid atau surau kekal dibina di Desa Senadin sejak 20 tahun lalu dan keadaan ini menyebabka­n umat Islam di sini mahu rumah Allah dibina di sini,” jelasnya.

Menurutnya, surau sementara yang disewa ketika ini hanya dapat menempatka­n antara 30 hingga 40 orang jemaah pada satu-satu masa dan amat terhad untuk menampung jemaah yang besar.

 ??  ?? TINJAU TAPAK: Wakil JAIS Miri, Jabatan Tanah dan Survei Miri dan Jawatankua­sa Surau Abu Bakar Asaddiq meninjau tapak kekal bagi surau baharu di Desa Senadin, Miri.
TINJAU TAPAK: Wakil JAIS Miri, Jabatan Tanah dan Survei Miri dan Jawatankua­sa Surau Abu Bakar Asaddiq meninjau tapak kekal bagi surau baharu di Desa Senadin, Miri.
 ??  ?? TEKUN: Antara peserta dan sukarelawa­n Zero Strays Miri yang menyertai ceramah terbabit yang diadakan di Miri, petang kelmarin.
TEKUN: Antara peserta dan sukarelawa­n Zero Strays Miri yang menyertai ceramah terbabit yang diadakan di Miri, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia