Utusan Borneo (Sarawak)

Projek tempat letak kereta HUS perlu disegera

Projek tersebut telah diberi kepada syarikat tempatan untuk dilaksanak­an, kata Dr Jerip

- Oleh Patricia Gari

Apa yang berlaku, mereka (pihak berkuasa bertanggun­gawab) mahu mengetahui sama ada cadanganca­dangan dikemukaka­n syarikat-syarikat berkenaan tepat dan sesuai atau

” sebaliknya.

KUCHING: Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berharap projek tempat letak kereta bertingkat di Hospital Umum Sarawak (HUS) akan dimulakan segera.

Menurutnya projek tersebut telah diberi kepada syarikat tempatan untuk dilaksanak­an namun tidak mempunyai maklumat terperinci mengenainy­a.

Beliau menjelaska­n bahawa projek tempat letak kereta bertingkat itu telah melalui proses yang panjang dengan beberapa syarikat telah mengemukak­an kertas cadangan masing- masing dan akhirnya syarikat dari Sarawak telah dipilih.

“Apa yang berlaku, mereka ( pihak berkuasa bertang- gungawab) mahu mengetahui sama ada cadangan-cadangan dikemukaka­n syarikat-syarikat berkenaan tepat dan sesuai atau sebaliknya.

“Jadi mereka berdepan cabaran, maknanya ada sya- rikat lebih berpengala­man tampil dengan kertas cadangan, untuk melihat sama ada kos pembinaan relevan.

“Masalah itu sudah selesai dan sekarang merupakan peringkat akhir projek, dis- erahkan kepada syarikat tempatan.

“Projek ini terdiri daripada beberapa komponen, iaitu merangkumi tempat letak kereta, medan menjamu selera dan hotel bajet.

“Persoalann­ya ialah bila syarikat itu akan memulakan projek ini kerana tender telah diberikan kepada mereka lewat tahun lalu.

“Kita amat berharap syarikat berkenaan akan memulakan kerjanya secepat mungkin. Tempoh pembinaan dianggarka­n kira-kira tiga tahun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri satu majlis di Dewan Serba Guna Kampung Desa Wira Fasa 3, dekat sini, kelmarin.

Dr Jerip juga berkata beliau tidak dapat mengingat kos keseluruha­n projek itu dan tarikh projek perlu dimulakan kerana dokumen pemberian tender tiada bersamanya kelmarin.

Menjawab satu soalan, beliau berkata kontraktor perlu menyelesai­kan beberapa isu logistik seperti tempat letak kereta sementara untuk kakitangan hospital dan pelawat sebelum projek pembinaan bermula.

Bagaimanap­un, katanya projek itu ‘adalah PFI iaitu Inisiatif Kewangan Swasta, syarikat kontraktor menggunaka­n wang sendiri manakala sebahagian lagi diberi oleh kementeria­n’.

Mengenai syarikat kontraktor berkenaan, Dr Jerip berkata: “Syarikat ini mempunyai kebolehan tinggi. Ia telah melaksanak­an banyak projek dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.”

Ogos tahun, Pengarah Kesihatan Negeri Datu Dr Zulkifli Jantan berkata pejabat Peguam Negara telah meneliti semua dokumen kontrak projek tempat letak kereta bertingkat HUS itu dan memberitah­u bahawa pelaksanaa­nnya dijangka bermula sebelum hujung 2015.

Dr Zulkifli juga mengakui projek berkenaan sepatutnya bermula Julai tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhk­an kerana beberapa isu teknikal.

Datuk Dr Jerip Susil Menteri Muda Kesihatan Awam

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB SOSIAL:Pihak jawatankua­sa kempen bersama para penderma darah.
TANGGUNGJA­WAB SOSIAL:Pihak jawatankua­sa kempen bersama para penderma darah.
 ??  ?? DR JERIP
DR JERIP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia