Utusan Borneo (Sarawak)

100 hadiri ceramah mengenai misi menangani haiwan liar, TNR

-

MIRI: Sekitar 100 orang menghadiri ceramah Zero Strays Miri di Grand Palace Hotel di sini petang kelmarin.

Program dikendali oleh Zero Strays lebih fokus mengenai perbincang­an tentang kepentinga­n misi organisasi dalam menangani isu haiwan liar khasnya mengenai Tangkap, Kasi dan Lepas (TNR) di bandar raya Miri.

Ceramah itu turut dihadiri Pegawai Veterinar Bahagian Miri Dr Sajem Jinim yang menyentuh mengenai beberapa perkara seperti gejala rabies anjing atau kucing liar.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Zero Strays Miri Sterwina Kho, melalui projek TNR yang dijalankan oleh pihaknya sejumlah lebih 800 anjing dan kucing telah dikasi.

“Sebanyak 40 peratus anjing dan kucing terbabit dikasi dan diangkat. Manakala selebihnya pula dihantar kembali ke tempat di mana mereka ditemui selepas dikasi.

“Usaha ini adalah kerjasama daripada orang awam yang turut menyediaka­n peruntukan bagi projek ini.

“Mereka secara langsung akan memastikan anjing dan kucing dilepas lagi di kawasan ditemui selepas dikasi dengan memberi makanan.

“Jika berlaku apa-apa masalah, mereka akan maklumkan kepada pihak Zero Strays dan tindakan selanjutny­a akan diambil,” katanya.

Jelas beliau, idea Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Lawrence Lai untuk TNA disambut baik namun proses pengambila­n haiwan angkat agak rumit memandangk­an sesetengah pihak ingin mengambil anjing atau kucing mengikut pilihan masing-masing.

Premis Zero Strays Miri ketika ini katanya, masih mempunyai lebih 30 ekor anjing dan lebih 10 ekor kucing yang belum dijadikan haiwan angkat.

“Premis kami hanya menyedia perlindung­an sementara untuk haiwan liar terbabit dan dijaga oleh sukarelawa­n Zero Strays Miri untuk membersihk­an, memberi makanan dan jagaan haiwan tersebut,” ujarnya.

Projek TNR dijalankan di sekitar kawasan komersil Emart Tudan dengan menangkap seberapa banyak haiwan liar atau terbiar.

Anjing atau kucing berkenaan akan dikasi dan diletak kolar khas TNR sebagai tanda haiwan berkenaan sudah dikasi oleh pihaknya.

Dalam pada itu, Kho turut berterima kasih kepada masyarakat setempat yang memberi sumbangan dan sokongan kepada Zero Strays Miri termasuk Menteri Muda Perhubunga­n Datuk Lee Kim Shin dan Datuk Sebastian Ting.

Turut hadir Naib Presiden Zero Strays Miri Chai Sot Leng dan Pegawai Perhubunga­n Awam Zero Strays Miri June Ting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia