Utusan Borneo (Sarawak)

Terap nilai murni, disiplin menerusi seni mempertaha­nkan diri

-

KUCHING: Persekutua­n Nanyang Wushu Sarawak menyaranka­n agar golongan belia menerapkan nilai murni dan disiplin menerusi penglibata­n dalam seni mempertaha­nkan diri.

Pengerusin­ya Profesor Dato Sri Dr Song Swee Hee berkata daya ketahanan fizikal dan mental serta disiplin pengamal seni mempertaha­nkan diri terutama remaja dapat membantu mereka bertahan dalam menempuh cabaran hidup.

Katanya kejayaan tersebut bukan sahaja memberi kelebihan kepada golongan muda malah secara tidak langsung menyumbang kepada pembanguna­n negara.

“Kejayaan anak muda kita secara tidak langsung akan menyumbang kepada pem- bangunan negara,” kata Dr Song pada pembukaan Festival Nanyang Wushu 2016 baru-baru ini.

Beliau berkata program latihan tersebut berstruktu­r dengan sukatan pelajaran yang tetap serta mengikut sistem penggredan wushu.

Menurutnya dengan cara itu dapat menyumbang kepada kemajuan ahli secara berperingk­at yang seterusnya menguatkan fizikal dan mental mereka.

Di samping itu, katanya persekutua­n berharap dapat membentuk potensi dalam kalangan atlet wushu muda yang dapat bersaing dalam sukan tersebut di kejohanan antarabang­sa.

Beliau berkata, sehingga kini Nanyang Wushu telah mengambil bahagian dalam 29 kejohanan antarabang­sa yang dianjurkan di seluruh dunia seperti di China, Taiwan, Hong Kong, Itali, Amerika Syarikat dan Rusia.

“Setakat ini kita telah memenangi sejumlah 239 pingat emas, 117 perak, 55 gangsa, 11 pingat tembaga, tiga Anugerah Singa Emas, dua Anugerah Naga Emas, dua Anugerah Khas Sukan dan satu Anugerah Kepimpinan Cemerlang,” katanya.

Mengenai festival itu, beliau berkata ia bertujuan menggalak dan mengekalka­n budaya Malaysia untuk generasi akan datang.

Dr Song berharap dapat menarik minat generasi muda menyertai aktiviti dan meneruskan legasi seni itu pada masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia